Fantasi Piala Malaysia | Bebola Tomato
Bebola Tomato: Fantasi Piala Malaysia

20 Ogos 2012

Fantasi Piala Malaysia

Berita baik bagi peminat bola sepak tanah air yang gemarkan permainan fantasi seperti fantasy premier league. Setelah tekaskor.com tampil dengan permainan interaktif dengan meneka keputusan perlawanan untuk Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, kini Astro Arena membawakan permainan Era Piala Malaysia-Liga Fantasi bagi menyemarakkan lagi suasana Piala Malaysia 2012.

Walaupun sebelum ni aku rasa ada orang pernah cuba buat untuk fantasi liga super tapi terkandas di tengah jalan, tapi aku rasa Astro Arena yang merupakan rakan penaja Piala Malaysia pastinya tidak mahu nama mereka terjejas dan memastikan permainan ini berjaya hingga ke akhirnya.

Cara-cara untuk menyertai permainan ini:


  1. Daftar kan diri anda di laman web Era Piala Malaysia-Liga Fantasi
  2. Dengan bajet $130mil, pilih 2 penjaga gol, 5 pertahanan, 4 pemain tengah, dan 4 penyerang untuk pasukan anda. (Boleh tambah bajet dengan mengikut syarat yang telah ditetapkan)
  3. Cipta liga peribadi atau sertai mana-mana liga yang pengguna lain telah ciptakan.

P/s: Baca rule yang telah disediakan sebab cara kira point beza sikit dengan fantasy premier league
P/ss: Sentiasa tengok pasukan anda sebab data sedang diupdate. Jadi pemain boleh hilang dari pasukan.
P/sss: Ada jugak teka perlawanan dalam astro arena ni.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails