Beberapa hari lepas, dalam bulan puasa, kelab warisan melayu melaka dengan kerjasama persatuan bola sepak Melaka telah menganjurkan Piala Warisan Melaka yang disertai oleh empat buah pasukan bawah 23 tahun iaitu Melaka, MP Muar, SDM Kepala Batas, dan NS Bettaria dan dimenangi oleh MP Muar, naib johan piala presiden 2011. Semua perlawanan ini berlangsung pada jam 9.30 malam. Lalu ada orang mula bersuara, 'kenapa buat kejohanan ni. hormat lah sikit bulan puasa'.
![]() |
| 4 pasukan yang terlibat |
Benar, sepatutnya waktu-waktu macam tu kita seharusnya sedang bertarawikh. Dan dalam forum perdana, ada juga tentang isu solat tarawikh ini. Tapi bukan isu beriadah tapi isu berbuka di hotel kalau tak silap. Tak salah tetapi seeloknya dilakukan solat tarawikh kerana solat tarawikh ni sebulan dalam setahun. Bulan-bulan lain takde. Jadi digalakkan solat tarawikh. Yelah kalau dah berbuka dekat hotel tu, dengan ucapan dan aktivitinya lagi. Takkan lah setakat bukak puasa pastu balik kan. Tapi agak-agak berapa ramai yang solat tarawikh sendiri sebab nak tengok lee chong wei mahu pun chelsea main semalam. Nanti hujung-hujung ramadhan pun sama jek. Ramai dah tak ke masjid untuk bersolat tarawikh secara berjemaah. Sendiri pun boleh.
Skuad olimpik sekarang sedanag mempersiapkan diri dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di Slovakia. Ada lah mulut-mulut yang bercakap seperti 'budak-budak ni tak puasa lah tu'. Pada aku, kalau tak pasti dorang puasa ke tak, jangan sembarangan nak menuduh. Memanglah penat dan kudrat untuk berpuasa tu akan berkurangan tambah-tambah lagi waktu berpuasa dekat Slovakia lagi lama kalau tak silap tapi kita doakanlah supaya dorang mampu untuk berpuasa. Badminton untuk kejohanan dunia baru-baru ni pun sama. Terselit nama Zakry Latif dalam senarai nama kontinjen pemain Malaysia.
Jadi salah tak beriadah di bulan puasa? Tepuk dada tanya iman. Wakakaka. Pada aku tak salah selagi kita mampu berpuasa dan tidak meninggalkan suruhan Allah. Kalau malam pun boleh, tetapi seelok-eloknya solat tarawikh la dulu secara berjemaah. :)
P/S: Jom main futsal lepas tarawikh. Haha.

8 komen:
jom jom! :P
jumla berjoging!
waaaaa. this is style bro :)
aku kadang2 join gk mamat2 afrika 2 men kt padang Ali bulan2 pose nih.
tp pancit doh! hahaha.
@mira farhanah
jom jom jom heboh heboh ke mira? haha
@Fieka Shafika
jom weh. kurus same2. haha
@incek.loyer
hahaha main ngan mamat afrika, bukan bulan puasa pun letih main ngan dorang. ko memang steady main time pose ngan dorang. haha
tak salah pownnnn~ beriadah jela....;P
@darkrose~
tu lah kan. tapi ramai sangat yang negatif nyee
Catat Ulasan