16 Ogos 2011

Apo kes?: Kekecohan di Pusat Memandu

Pagi tadi aku ada belajar memandu dekat pusat memandu kawasan aku. Sebelum aku pergi tu, aku ada baca berita dekat mynewshub yang pihak jpj tidak akan membuat sekatan jalan raya, akan guna kamera di mana pegawai jpj akan ditempatkan untuk merakam gambar dan pelaku kesalahan jalan raya. Berita ni aku tak baca habis, tapi oleh sebab kekecohan yang berlaku dekat pusat memandu tempat aku belajar tu, aku baca semula berita ni tadi.

Percaya tak akan ada kesan terhadap dua golongan disebabkan oleh pengumuman jpj ni. Pertama, orang yang teringin nak dapatkan lesen sebelum raya ataupun sebelum sambung belajar universiti(penyelarasan kerajaan) dan guru-guru memandu. Sebab apa? Sebab tiada ujian JPJ akan dilakukan seminggu sebelum raya dan seminggu lepas raya gara-gara JPJ nak guna pegawai nak ambil gambar. Bermaksud tiada ujian JPJ sepanjang tempoh 22/8/2011-9/9/2011. Siapa nak belajar kalau takde test. Jawabnya pusat memandu boleh tutup kedai selama tiga minggu.

ni bukan kereta memandu tempat aku belajar. gambar pinjam. hehe

Pusat memandu aku ni dapat makluman pagi tadi. Dan mula lah episod berbual di kedai kopi oleh guru-guru memandu. Bayangkan, bila dah takde ujian JPJ, siapa lah yang semangat nak belajar kereta kalau ujian lambat lagi. Macam aku lah. Lesen L mati bulan 10 dan aku kena masuk uni 12/9/2011. Test kereta kat tempat aku ni hari Khamis. Maknanya paling awal pun aku boleh test 15/9/2011.

Orang cakap awal-awal ni ponteng je kelas. Takpe. Tapi masalahnya pemberitahuan yang lambat membuatkan pusat memandu ada buat booking untuk sesetengah pelajar pada 25/8/2011. Jadi 25/8/2011 cancel dan akan ditunda pada 15/9/2011. Nama aku takde dalam senarai 25/8/2011 maknanya aku tak boleh test pada 15/9/2011 sebab nama 25/8/2011 akan diisi. Bila lagi hoi aku nak test? Tunggu lesen L mati la jawabnya.

Cikgu memandu pun marah bila JPJ buat macam ni. Ibarat Dawama memberikan cuti tanpa gaji pada pekerja      dan syarikat perkhidmatan bas berhentikan pekerja. Benar JPJ bukan ketua kepada pusat memandu tetapi bila JPJ buat macam ni, mana nak datang duit. Macam aku cakap tadi, takde murid nak belajar. Bila dah takde murid nak belajar, mana nak datang duit yuran hoi?

Pastu ada lah keluar ayat macam ni tadi di kalangan pengajar.
Pengajar 1: Tak boleh ke masukkan? Ini anak Manan ni. (bercakap kepada kerani)
Kerani : Tak boleh. Tak kira lah anak Manan ke anak sape ke. Memang tak boleh.
Pengajar 2: Kalau anak Solah pun belum tentu boleh. 
Kekeke. Sape Solah ni? Suka hati je panggil dia Solah. Dia Datuk Solah kot. Datuk Solah Mat Hassan, ketua pengarah JPJ yang merasmikan majlis pelancaran operasi bersepadu penguatkuasaan musim perayaan.

16 komen:

syAzAnA berkata... [Thanx komen]

Alahh, susahlah pulak peraturan baru ni. ishhh3

jaya jr berkata... [Thanx komen]

malas aku nk layan..grr

Yui_Wani berkata... [Thanx komen]

Macam-macam alasan...xnak keje la tu...grrr....

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@syAzAnA

hahaha ait ada efek jugak kat awak?

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@jaya jr

hahaha btol tu mad. jangan dilayan sangat orang macam ni

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Yui_Wani

hahaha. tiga minggu tu >.<

cik ekyn berkata... [Thanx komen]

nasib baik baru je lepas test. haha

Faaizz d. Zul berkata... [Thanx komen]

wah, unsur2 nepotisme di situ. kalau anak pengarah pon tak boleh, mantaplah begitu...

test kat gombak je bro. kan boleh transfer...

Maya Lisa berkata... [Thanx komen]

a ahh.. kmns tu matriks negeri sembilann ^^ good morning ^^

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@cik ekyn

tak aci. aaaaaaaaaaa

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Faaizz d. Zul

siyes r boleh transfer? tapi aku mana reti jalan sana dok

Maya Lisa berkata... [Thanx komen]

buyat > hihi ~ buyat tu macam boroi, bolat kan ? hahah ! maya pulak asek kene pipi dobot. gahaha !

syrupmasin berkata... [Thanx komen]

haha..adoii..mcm2 lah :D

incek.loyer berkata... [Thanx komen]

buyat!

ko buat kt uia dh lah!

hahaha.

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@syrupmasin

tu lah. da la nak lulus orang cakap susah gak

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@incek.loyer

mati weh aku da hbh blajo kt sini da. haha

Related Posts with Thumbnails