15 Julai 2011

Apo kes?: Tanda-tanda Ramadhan dan raya dah dekat

Hari ini 16/7/2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H. Sedar tak sedar, dua minggu lagi dah nak masuk bulan Ramadhan di mana semua umat Islam diwajibkan berpuasa. Jadi kepada sesiapa yang masih belum puasa ganti, cepat-cepatlah puasa ganti yer. Bila dah nak tiba bulan puasa dan raya ni, selalunya orang akan jumpa pelbagai perkara yang jarang-jarang nak jumpa waktu biasa menandakan bulan puasa dah dekat.

  • Renovate/cat rumah
Renovate dan cat rumah ni jarang-jarang nak nampak tapi biasanya orang akan renovate/cat rumah bila bulan puasa dah nak dekat bagi persiapan raya. Belakang, depan dan kanan rumah aku masing-masing pakat renovate rumah dan dah siap dah pun. Eloklah tu. Renovate bulan puasa kang letih pulak kan. Tapi yang belah kanan ni dari tahun lepas renovate aku rasa baru nak siap skang. Errrr. Aku pulak nak kena cat rumah aku ni. Kerja asyik bertangguh je. Bulan puasa nanti lagi lah bertangguh. Alasan, penat. Haha.

  • Jualan murah
Kalau baju ke seluar ke, aku rasa macam biasa je ada jualan murah tapi kalau dah langsir pun ada jualan murah, nampak sangat dah dekat nak raya. Hari tu mak aku boleh borong langsir banyak-banyak dekat Jakel Segamat. Aku tak tahu lah murah ke tak tapi mak aku borong kan main banyak lagi sampai lebih lima ratus habis. Korang kalau nak beli langsir gak try lah pergi dekat Jakel Segamat tu. Siap boleh masuk cabutan bertuah lagi. Haha. Promosi sampai bulan lapan je aku rasa.

  • Iklan kurma
Ini paling best. Iklan kurma terutama Yusuf Taiyoob. Yusuf Taiyoob ni kurma paling famous lah aku rasa dekat Malaysia ni. Kalau aku duduk dekat uni, memang harapanlah aku nak beli kurma. So, aku selalu pergi masjid jek nak dapatkan kurma free. Muahaha. Tapi takpe, tahun ni aku bakal fully puasa dekat rumah sebab kerajaan suruh semua ipta cuti sampai bulan 9. Dapatlah makan kurma hari-hari dekat rumah. Keh keh keh.

Tahun ni aku puasa dekat rumah je. Kalau duduk dekat uni tu, walaupun belajar dalam bulan puasa, tak terasa letihnya sebab ada aktiviti nak buat. Tapi duduk rumah ni, terpaksalah mencari aktiviti sesuai. Duk melepak saje pun letih jugak sebenarnya sebab rasa masa tu lambat berjalan. Huhu.

credit

P/S: Esok nisfu Syaaban ye kawan-kawan

7 komen:

azkiya farhana berkata... [Thanx komen]

ok.esok nisfu syaaban ;)

syrupmasin berkata... [Thanx komen]

haha..iklan kurma..betol2 :D

Mohammed Faizal berkata... [Thanx komen]

aku dah beli kurma berbungkus-bungkus haha. Ramai plak yang dok sibuk2 ganti puase haha

i am S!L4H.. berkata... [Thanx komen]

iklan raye lg x leh bla. baru 1st pose dh stat lgu raye. adehhh

zul permatang badak berkata... [Thanx komen]

promosi jualan sempena raya.....sbb nak raya kita sanggup berhabis...he2..he...

amir aizat berkata... [Thanx komen]

iklan tapak utk bazaar,haha

mira farhanah berkata... [Thanx komen]

hahaha yusuf taiyob tu betullll!:p

Related Posts with Thumbnails