02 Julai 2011

Apo kes?: Penentuan arah kiblat

Pagi ini tiba-tiba aku rasa nak search cara penentuan arah kiblat. Bukan apa, pernah berlaku kejadian di sebuah tempat yang baru didiami, perbincangan tentang arah kiblat yang betul. Ada yang mengatakan arah ini betul, dan ada yang mengatakan arah itu betul. Kalau bangunan tersebut dijadikan panduan, yang seorang ini cakap senget ke kiri, yang seorang ini pula senget ke kanan. Nasib baik kes tersebut telah selesai apabila orang yang lebih arif tentang arah penentuan kiblat telah dipanggil untuk menentukan arah kiblat yang betul. Oleh itu, aku rasa eloklah kita ambil tahu tentang arah penentuan kiblat supaya senang untuk mendirikan solat di tempat yang baru diduduki.

1) Kompas
Semua orang tahu kompas paling senang lah nak tentukan arah kiblat. Kadang-kala ada sejadah yang telah disediakan kompas untuk menentukan arah kiblat. Aku tak pernah guna sejadah tu dan aku sendiri tidak tahu macam mana nak guna kompas dengan betul bagi arah kiblat. Tapi lepas search ni aku dah tahu lah. Kalau Malaysia, arah yang betul ialah antara 291 dan 292 darjah. Kalau kat Kuala Lumpur, hampir semua adalah 292 darjah.

Aku carik masjid UIA tak jumpa. Tapi poskod UIA 53100 kalau tak silap

2) Arah matahari
Masa kecil-kecil dulu, aku pernah diberitahu arah kiblat adalah arah matahari terbenam. Dah besar sedikit, aku pun terfikir takkanlah semua tempat dekat dunia ni arah matahari terbenam. Selepas itu, baru aku tahu hanya ada sesetengah negara je yang boleh gunakan arah matahri terbenam kerana kedudukan negara tersebut. Tapi bila dah pandai search bagai ni, baru aku tahu nak guna arah matahari terbenam ni hanya boleh digunakan pada masa tertentu sahaja. Mengikut kajian,hanya pada 28 Mei dan 16 Julai dalam setahun barulah boleh digunakan sebab pada masa tu matahari berada betul-betul di atas Kaabah

3) Guna internet
Berbalik kepada kejadian yang aku sebut sebelum ni, ada pendapat tersebut adalah berdasarkan google maps. Aku pun pelik jugak boleh ke guna google maps tu. Kalau nak cuba try google maps, korang try lah baca dulu dekat sini. Lepas tu try dulu. Kalau jadi, betullah tu. Aku malas nak try. Huhu. Kecanggihan teknologi juga menyebabkan wujudnya qiblalocator. Yang ini pun aku tak test lagi.

Sumber:
1) http://berita-harian-online.com/tentukan-kiblat-ikut-arah-matahari-terbenam-tak-tepat/
2) http://www.infomalaya.com/qiblalocator-rujuk-arah-kiblat-secara-online/
3) http://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=297.0
4) http://www.e-solat.gov.my/

P/S: Kalau ada info yang salah tolong betulkan ye. Aku tak pandai sangat bab-bab agama ni

2 komen:

syAzAnA berkata... [Thanx komen]

syukur alhamdullilah. jgn ngengade malas. pergi check arah kiblat tuh.

Muhayat Ajwad berkata... [Thanx komen]

@syAzAnA

hehehe semayang kat masjid. kompem betul arah kiblat

Related Posts with Thumbnails