03 Julai 2011

Apo kes?: Memorandum cadangan untuk pihak KTM

Oleh sebab semasa short sem baru-baru ini aku belajar Bahasa Melayu Kerjaya, hari ini aku nak praktikkan apa yang aku belajar. Banyak betul aku belajar masa dekat kelas. Surat rasmi, kertas kerja, memorandum, minit mesyuarat, wawancara, temu bual, pengucapan awam dan yang paling best aku belajar susunan atur kehormat. Masa exam soalan esei yang aku pilih adalah memorandum bantahan tapi aku tak habis buat. Hampeh. Padahal soalan tentang isu semasa yang sering dibincangkan oleh blogger UIA. Tengok, melalui blog je sepatutnya aku boleh dapat idea nak buat esei final hari tu. Padan muka aku. Kali ini, jom kita buat memorandum cadangan pulak.

KEPADA PIHAK PENGURUSAN KERETA API TANAH MELAYU BERHAD(KTMB)

Memorandum Cadangan Kewujudan Koc Lelaki

Tujuan
Saya sebagai salah seorang pengguna komuter yang tidak setia ingin memohon kepada pihak pengurusan KTMB agar menyediakan koc khas untuk lelaki di dalam komuter sahaja di mana pihak perempuan tidak boleh memasuki nya.


Latar belakang
Seperti yang kita maklum, pihak pengurusan KTMB telah menyediakan koc khas untuk wanita di dalam komuter di mana hanya pihak perempuan sahaja yang dibenarkan untuk memasuki koc khas tersebut. Oleh itu, seharusnya wujud juga koc khas untuk lelaki agar di dalam koc tersebut hanya terdapat kaum lelaki.


Asas Pertimbangan
  •  Gangguan sosial - Walaupun koc khas untuk wanita telah disediakan, terdapat juga segelintir wanita yang masih berani untuk masuk ke koc umum atas alasan tertentu. Hal ini mengakibatkan segelintir wanita yang berani tersebut mungkin akan mengalami gangguan yang dilakukan oleh kaum lelaki. Begitu juga kaum lelaki mungkin terpaksa untuk mengelak ke sana ke sini andai kata pihak perempuan masuk ke koc umum terutama ketika waktu puncak kerana takut dikatakan mengambil kesempatan sedangkan pihak perempuan sendiri tidak mahu masuk ke koc yang disediakan untuk wanita.

  •  Koc berasingan - Berbalik kepada isi pertama, mungkin akan ada yang mengatakan bahawa kaum lelaki punca segelintir pihak perempuan terpaksa masuk ke koc umum kerana kaum lelaki masuk ke koc wanita. Terdapat juga kaum lelaki sengaja masuk ke koc wanita walaupun telah ditulis secara terang koc tersebut khas untuk wanita sahaja. Andai kata memorandum cadangan ini diterima, saya yakin dan pasti tidak akan timbul lagi masalah tersebut kerana ia ibarat tandas awam di mana kaum lelaki dan kaum wanita masuk ke tandas yang berbeza melainkan mereka kekeliruan jantina.

  • Atasi masalah sosial - Sama ada sedar atau tidak, terdapat segelintir pasangan muda mudi yang menjadikan komuter tempat untuk mereka berciuman walaupun belum berkahwin. Hal ini dibuktikan melalui kajian Mastika beberapa tahun lepas di mana terdapat pasangan yang asyik bercumbuan ketika berada di dalam komuter. Bukti juga jelas dirakamkan dan boleh dicari di laman web 'Youtube'. Walaupun andai kata pasangan tersebut telah berkahwin, mereka tidak seharusnya bercumbuan di khalayak ramai kerana boleh mempengaruhi kanak-kanak di bawah umur yang mudah terpengaruh.

Implikasi 
  • Oleh yang demikian, pihak pengurusan komuter perlulah menukar koc umum kepada koc khas untuk lelaki sahaja seperti mana koc khas untuk wanita disediakan di bahagian tengah komuter.
  • Salinan kepada:
  1. Kementeian Pengangkutan Malaysia
  2. Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat

Ulasan


Kesimpulan dan syor
Saya mengharapkan agar supaya memorandum cadangan ini diterima supaya segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dan tiada isu diskriminasi yang akan timbul dalam hal ini.

Yang benar,
......................................................
(Muhayat Ajwad bin Mohd Hafidz)
Pengguna komuter yang tidak setia

Credit


P/S: Yang bahagian Implikasi tu macam salah je. Aku tak fokus masa belajar tu. Hehe.

2 komen:

syAzAnA berkata... [Thanx komen]

harap2 pihak ktm bace surat awk. hehe

Muhayat Ajwad berkata... [Thanx komen]

hahaha kalau lah diorang baca

Related Posts with Thumbnails