19 Julai 2011

Apo kes?: Cara Mengatasi Chat FB Baru Yang Macam Tuut

Salah satu features chat FB yang baru sebenarnya menarik sebab even kita tak online, kita akan dapat mesej chat dekat inbox mesej kita. Tapi hari tu chat FB aku bertukar secara sendiri nya. Tak boleh nk skrol down tengok sape yang tengah online waktu kita online tu. Biasanya aku skrol down je tengok sape online, pastu baru aku chat. Ni nak kena taip nama bagai. Tu pun belum tentu orang tu online kan. Oleh itu, marilah kita try benda baru ni yang memudahkan kita untuk chat bersama rakan. Entry ini ada beberapa keping gambar yer nak bagi tengok kelebihan benda baru ni.

boleh tahu sapa idle sape online

list untuk facebook friends, ada dekat list bawah sekali

ikwan arif dan bankai_ik90 orang yang sama ye. satu ym satu fb

bagitau sape online sape offline

Cukuplah kan gambar tu. Selain tu, chat fb melalui ym ni mesejnya tetap akan disimpan dalam inbox fb. Dan dekat ym ni jugak, kita boleh tengok update fb macam yang dekat home tu. Just pergi dekat YM Updates. Kalau korang tak online fb pun, korang still boleh chat dengan fb yang lain melalui YM ni

Sesiapa yang nak try ym baru ni, korang bolehlah install YM 11. Nanti bila dah selesai install, dia akan tanya nk link dengan fb tak. Kalau nak cuba semua benda yang aku tunjuk ni, tekan lah yes. Selain fb, ym ni juga boleh link dengan twitter.
Related Posts with Thumbnails