Kalau nak difikirkan, berhimpun ni sebenarnya dekat dengan diri kita. Berhimpun di sekolah untuk perhimpunan rasmi, berhimpun di stadium tengok bola, berhimpun ketika mesyuarat, berhimpun semasa kecemasan dan macam-macam lagi lah. Belum kira berhimpun sebab aktiviti-aktiviti sukan atau kemasyarakatan. Walaupun semua nampak atas dasar dan lain-lain tujuan, ada beberapa aktiviti yang boleh diselarikan apabila kita berhimpun ni. Jom tengok aktiviti-aktiviti yang sesuai.
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri
Kalau tak silap, ada cadangan untuk menyanyikan lagu Negaraku dekat dalam wayang bagi meningkatkan semangat patriotik rakyat Malaysia tapi dibantah kerana tidak relevan. Lagu Negaraku dan lagu negeri macam biasalah kalau masa perhimpunan sekolah memang wajib nyanyi tapi kalau perlawanan bola sepak antara negeri, lagu negeri tidak dipasang. Aku harap sangatlah selain lagu Negaraku, lagu negeri juga turut dipasang bagi menaikkan semangat penyokong. Hehe.
Yang ni pulak, kalau dekat sekolah, biasanya hari Jumaat je akan diadakan. Selain itu, aku tak tahu lah. Tetapi kalau acara rasmi CFSIIUM, nyanyian Asma ul Husna adalah wajib. Kampus induk UIA aku tak tahu sebab aku tak pergi sangat acara rasmi. Hihi. Bukan apa. Pada aku baguslah ada nyanyian ni sebab kadang-kadang kita pun terlupa nama-nama Allah ni. Nak menghafal kan main liat lagi. Melalui nyanyian ni bolehlah dijadikan pemangkin kepada semua umat Islam untuk menghafal nama-nama Allah yang wajib dihafal.
Ini mungkin tak relevan sangat lah dalam perhimpunan rasmi tapi apalah salahnya dah alang-alang berkumpul ramai-ramai kita berselawat bersama-sama. Takkan nak tunggu Maulud Nabi baru nak berselawat beramai-ramai kan. Itu pun setahun sekali. Kalau tak menghadiri aktiviti maulud nabi, mungkin tak berkesempatan nak berselawat beramai-ramai.
 |
| gambar takde kaitan |
P/S:
- Tidak sesuai ketika berhimpun untuk kecemasan
- Cadangan 2 dan 3 tidak berapa sesuai ketika aktiviti menonton bola, tengok wayang, mahu pun menonton konsert Jom Heboh
8 komen:
berhimpun lah dgn suasana yang ceria ..xnk gaduh2 ...peace!
ta nk gaduh2 mase berhimpun :)
ermmm...buat ponat jeh gaduh2 nie..sendiri sakit..baik duduk umah makan kopok...lg besh
berhimpun mengeratkan silaturrahim...dulu aku kat sekolah, tiap2 pagi berhimpun nynyi ngarku,ngri kedah, ngan asmaulhusna...selawat pon ada jugak...
@hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock
betul tu. dengan cadangan di atas, diharap tiada pergaduhan berlaku
@syrupmasin
eh mana ada gaduh2. hehe
@still me..A.D.N.I
itu ler. makan nasik ke ape ke lagi bagus ye dak?
@iniialahaku
terbaik sekolah ang. sekolah agama ka?
Catat Ulasan