![]() |
| Credit |
Antara lain isi khutbah tu ialah jangan mengaibkan orang lain kerana jika kita suka mengaibkan orang lain, di akhirat kelak Allah akan menelanjangkan kita. Oleh itu, janganlah kita menggunakan jari jemari kita untuk mengaibkan orang lain. Kelak kita yang akan menerima padahnya. Khatib yang menyampaikan khutbah tersebut turut berpesan agar janganlah kita menerima bulat-bulat apa yang ditulis orang. Selidik dahulu kebenaran isi kandungan yang ditulis sebelum kita menerimanya terutamanya media massa.
Atas ini, bukan isi asal teks khutbah tersebut eh. Memang hebatlah aku kalau boleh hafal isi khutbah tersebut. Adalah aku elaborate sikit-sikit. Kalau ada yang salah, sila tegur ye. Bila sebut media massa ni, aku terfikir sejenak. Media massa ni benda yang dekat dengan kita. Biasanya, budak-budak kecil akan mengalamai proses pembelajaran melalui benda yang dekat dengan mereka. Ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran, semua memainkan peranan penting dalam membentuk budak-budak kecil untuk generasi masa akan datang.
Oleh sebab media massa ni dekat dengan kita, ia juga boleh memainkan peranan penting dalam membentuk budak-budak kecil tadi. Sebab budak-budak kecil ni senang terpengaruh. Kalau media massa banyak menyiarkan perkara yang baik, maka bolehlah budak-budak ini menjadikan perkara tersebut sebagai tauladan dan jikalau sebaliknya bolehlah dijadikan sempadan.
Blak metal tu tak salah. Yang salah adalah orang yang beranggapan black metal tu salah. Sabo jelah.Biasa dengar ayat ni? Aku tak tahu lah kalau aku salah dengar ke. Tapi aku rasa itu lah ayat dalam sebuah filem. Kalau budak-budak kecil dengar ayat ni, apa yang akan mereka fikir agaknya? Itu ayat filem. Ini dialog sebuah drama pulak.
Bab ni aku tak nak komen. Tapi bacaan dia memang bagus bagi seorang murid sekolah rendah. Aku pun tak boleh baca sebagus tu. Rujuk sini untuk penurunan al-Quran.Cikgu: Siapa boleh bagi tau cikgu surah pertama yang diturunkan?Murid: Al-Asr cikgu.Cikgu: Bagus ......(aku lupa nama murid tu). Boleh kamu bacakan?Murid: (Membaca surah al-Asr)Cikgu: Terima kasih .....(memang aku tak ingat nama dia)Kawan sebelah: Eh baguslah bacaan ko.

4 komen:
kerna jari jemari jugak kita boleh buat dosa kan?
@syAzAnA
huhu insaf r gini
perubahan bkn untk sementara kerna kejahilan sentiasa berkuasa......
j0m,kita sama2 kuatkan iman.....
mudahan dgn iman yg kuat jari2 x dipersalahkan.....
(=
@| gad1s s0ypans |
mudah mudahan kita sama-sama dapat memperkuatkan iman kita
Catat Ulasan