Hari tu ada keluar paper yang mengatakan masih terdapat 4000 ribu sukarelawan Sukma Ke-15 Pahang yang masih diperlukan untuk melancarkan kejohanan tersebut. Kejohanan yang akan dilangsungkan pada 31 Mei hingga 12 Jun 2012 itu dijangka memerlukan 5000 ahli sukarelawan dan pendaftaran telah pun dibuka pada 1 Februari lepas.
Terbaca sahaja berita ini, aku teringat ucapan seorang staff sukan di UIAM semasa minggu orientasi. "Kita sedang meningkatkan fasiliti dan kemudahan sukan di universiti ini terutamanya di kampus Kuantan. Kampus Kuantan juga akan menjadi salah satu venue bagi Sukma Pahang tahun depan. Oleh itu, saya mengharapkan agar ramai pelajar UIA yang mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan Sukma nanti."
Mulai hari itu, aku bermotivasi untuk mendaftar menjadi sukarelawan Sukma Pahang nanti. Sambil menjadi sukarelawan, bolehlah aku layan game yang dianjurkan nanti. Dahlah melepas nak jadi sukarelawan Sukma Melaka dulu. Terus aku cari link nak download borang permohonan menjadi sukarelawan. Sesiapa yang duduk Pahang tu, marilah mendaftar menjadi sukarelawan supaya boleh melicinkan perjalanan Sukma Pahang nanti.Download dekat sini. Tarikh tutup ialah 30 April 2011.
Tapi ada satu benda yang mematikan semangat aku untuk mendaftar menjadi sukarelawan.
Tarikh Sukma Pahang ialah 31 Mei 2012 hingga 9 Jun 2012. Exam aku 24 Mei 2012 hingga 9 Jun 2012. Hampeh.

14 komen:
alahhhhhhhhhhhhhhhhhh...
bru engat nak join sekali.
=.='
haha,ok je klo masuk pon buyat..
kih3...xde rezeki lagi ke buyat nk jadi sukarelawan? huhu...ok,aku ade can lg nk tgk sukma taon depan!!
takper yat, bya aq gantikan kow..aq nak isi borang ah (n_n)
2012 tapi kau dah tau kau ade exam time tu?advance btol.
@syAzAnA
hahaha daftar la sorang2. kekeke
@jaya jr
minggu exam la time tu mat. adoiii
@Nurhidayah Erlyna~
ahhhhh erlyn jahat! maleh layan ko
@ninie_azriena
kompiden tol takde exam time tu?
@aiman afiq.
tengok kalendar uia minggu tu minggu exam
Syok jadi sukarelawan. Cik Yana dulu sukarelawan Sukan Paralimpiad Malaysia. Sukan orang OKU tu. Enjoy sangat. Harap tak de masa dah nak volunteer, kalau tak nak join jugak tuk sukan ni :)
Lots of Love,
Cik Yana
ku sangat tak aktif menda2 macam ni :D
@Cik Yana
oh ingat-ingat. masa dekat kl kan? masa tu sekolah rendah lagi. abang ada lah join. siap interviu masuk tb
@molmolla
saje2 tambah pengalaman :)
Catat Ulasan