| Credit |
Anugerah yang pertama ialah atlet muda pilihan. Seperti dijangka, ramai peminat akan memilih Khairul Fahmi Che Mat sebagai atlet muda pilihan. Baru berusia 22 tahun dan telah pun menjadi penjaga gol utama bagi skuad bola sepak kebangsaan. Pada usia 21 tahun, beliau antara watak penting dan telah membantu skuad kebangsaan untuk menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Namun, oleh kerana Khairul Fahmi tidak hadir ke Malam Keraian Sukan Malaysia 2011, Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Bola Sepak Kelantan telah mewakili beliau.
Anugerah seterusnya ialah atlet wanita pilihan berpasukan yang dimenangi oleh Nur Ayuni Abdul Halim yang terlibat dalam sukan menembak. Bagi kategori ini, saingan agak sengit kerana antara calon-calon lain yang terlibat ialah Nur Suryani Mohd Taibi, pasangan Nur Ayuni dalam menembak, Low Wee Wern(skuasy), dan Leong Mun Yee(terjun) serta Sharon Koh(boling).
Rakan sepasukan bagi Khairul Fahmi Che Mat dalam skuad kebangsaan, Safee Sali turut menerima anugerah atlet lelaki pilihan berpasukan mengalahkan rakan seperjuangan Safiq Rahim(bola sepak), Amin Rahim dan S Kumar(hoki). Kejayaan berganda bagi Safee Sali untuk malam itu selain menerima penganugerahan tersebut, pasukan beliau di Indonesia, Pelita Jaya telah menang pada malam tersebut. Oleh itu, bapa beliau telah menjadi wakil beliau untuk menerima anugerah tersebut.
Anugerah kebangkitan pilihan pula dimenangi oleh Amirul Hamizan Ibrahim(angkat berat). Amirul Hamizan Ibrahim mula dikenali ramai apabila berjaya merangkul tiga pingat emas dalam Sukan Komanwel Manchester 2002. Setelah agak lama menyepi, kini Amirul Hamizan kembali untuk menyumbang kepada sukan negara. Moga anugerah ini menaikkan semangat Amirul untuk terus berusaha.
Anugerah khas meja sukan(media cetak) pula dimenangi oleh Kosmo! Kepada Kosmo, semoga anugerah ini menyuntik semangat anda untuk menyiarkan lebih banyak berita sukan tempatan dan janganlah terlalu mengagungkan sukan luar negara.
Bagi aku, anugerah yang dianjurkan oleh Astro Arena ini sangat bagus bagi mengiktiraf atlet-atlet yang telah menyumbang untuk negara. Untuk cadangan, diharapkan Astro Arena boleh memperbanyakkan anugerah yang disediakan untuk semua yang terlibat pada tahun akan datang seperti ABPBH. Contohnya jurulatih pilihan atau pengulas pilihan. Hehe. Yang penting, penerima anugerah tak payah nak pakai seksa-seksa. Comel je Nur Ayuni dengan baju kurung dan tudung litup semalam terima anugerah. Bapa Safee pula tidak lekang dengan kopiahnya. Terbaik!
P/S: Atlet ke atlit?
2 komen:
hampir2 safee sali nak skor aritu lawan erema indonesia.haha
banyak da die skor. target dulu satu gol satu match. haha
Catat Ulasan