Sebagai seorang yang Insya Allah menjadi warga Wilayah untuk tempoh empat tahun dari sekarang, aku mengucapkan Selamat Hari Wilayah kepada semua warga Wilayah. Untuk kali pertama aku menyambut Hari Wilayah, aku menyambutnya di rumah sebab Hari Wilayah hari Selasa, Tahun Baru Cina pula hari Khamis dan Jumaat, dan universiti aku dengan bijaknya memberi cuti pertengahan semester. Jimat cuti. Haha. Ini bukti aku bakalan menjadi warga Wilayah untuk tempoh empat tahun. International Islamic University Malaysia, Jalan Gombak, 53100 KUALA LUMPUR, Malaysia. Alamat yang tertera dekat kad matrik aku. Memandangkan negeri-negeri Wilayah Persekutuan adalah Labuan (Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) ), Putrajaya (pusat pentadbiran Persekutuan) dan KUALA LUMPUR (ibu kota Persekutuan), jadilah aku sebagai warga Wilayah. Haha
![]() |
| credit |
Aku tak tahu pula Gombak termasuk dalam Kuala Lumpur. Dulu-dulu aku ingat Gombak ini kat Selangor. Kalau tak percaya cuba check dekat sini, aku malas nak printscreen. Alamat UIAM ialah Jalan Gombak, 53100 Gombak, Selangor. Mungkin ini yang lama. Kalau tengok dekat web www.iium.edu.my pula, International Islamic University Malaysia, P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur. Banyaknya alamat. Tak pening ke kepala posmen cari alamat ni? Haha. Aku boleh gelak-gelak pulak. Kang ada surat urgent untuk aku tapi tak sampai sebab salah alamat, baru padan muka aku. Haish.
Berbalik kepada Hari Wilayah. Untuk pengetahuan kepada orang yang tak tahu seperti aku sebab sebelum ini tak duduk dekat kawasan Wilayah Persekutuan, Hari Wilayah jatuh pada 1 Februari setiap tahun bersempena pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1974. Hari Wilayah diperkenalkan pada 1 Februari 1974, empat hari selepas Perjanjian Wilayah Persekutuan ditandatangani oleh Yand di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor pada 28 Januari 1974. Sejak tahun 2007, Hari Wilayah telah pun mempunyai tema sendiri dan tema pada tahun ini ialah 1Wilayah Persekutuan, Menjuarai Transformasi dan disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Seperti juga Hari Keputeraan Baginda bagi negeri masing-masing, Hari Wilayah juga turut menyediakan anugerah-anugerah kepada mereka yang layak. Untuk melihat senarai anugerah yang disediakan, boleh rujuk sini. Dengar khabar dari facebook, Santokh Singh dan K.Rajagobal merupakan antara penerima anugerah tersebut bagi membawa gelaran Datuk. Tetapi dalam surat khabar, K. Rajagobal menafikan khabar yang beliau antara penerima anugerah. Yang Santokh Singh pula, maybe betul. Apa-apapun, tahniah kepada semua penerima anugerah dan tahniah juga kepada K. Rajagobal dan Santokh Singh yang banyak berjasa dalam sukan bola sepak negara.
Yang aku bangga dengan warga KL ni, sana sini penuh dengan bendera KL sebab itu aku boleh tahu pasal Hari Wilayah. Masa raya Thaipusam, aku tak ingat pun pasal Thaipusam sedangkan Batu Caves dekat sahaja dengan Gombak walaupun beberapa hari sebelum Thaipusam aku ada lalu depan Batu Caves. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan lagi lah aku terlupa sebab busy dekat UIA. Dah hari Jumaat baru aku perasan. Itu pun lepas tengok kalendar dekat kiosk. Grrrrrrr.
Sumber:
1) http://www.mqa.gov.my/mqr/iptaKPList.cfm?IDAkrIPTS=252
2) http://www.iium.edu.my/
3) http://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah_Persekutuan
4) http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Territory_Day
P/S: Maulidur Rasul jatuh pada 15 Februari. Kalau tak sedar diri, sambut lah Valentine Day kalau berani

2 komen:
tukarla logo liga super tu.
dah baru kot.
lg lawa lak tu
@Risham
hahaha ini logo syarikat msl la.
Catat Ulasan