![]() |
| credit |
Aku malas nak main dekat UPM sebenarnya. Sebab aku ada pengalaman pahit dekat sana 3 tahun lepas. Court tak best (ala-ala court tenis), taktau jalan (nasib baik kali ini naik kereta), dan pernah bolos 8 kali, sekali oley, serta sekali own goal. Shaittttt. Tapi semua itu ibarat kenangan manis. Untuk kali ini pun banyak kenangan manis. Kronologi kenangan manis untuk futsal UPM kali ini :
- Beli kasut baru sebab takde kasut. Sanggup tu.
- Semangat bangun pukul 6 dan pergi bilik Kimi pukul 7 sebab Pete pesan suruh kejut Kimi, sedangkan pukul 8 baru nak gerak
- Beg putus. Petanda buruk ni.
- Sarapan dulu. Aku pulak lupa cucuk duit. So tahan makan dulu lah. Tapi best dapat tengok member menyembur air sebab ada orang buat lawak
- Dalam kereta, dapat usha kereta kancil dah macam kereta Pajero sebab ada tayar spare lekat dekat bonet.
- Alhamdulillah sampai UPM tak sesat. Main 1st game menang 3-0, second game kalah 0-1 dengan Unimax (students UPSI). Alasan kalah takde sub sebab Mus dan Sheva tak sampai lagi, tengah exam.
- Waktu rehat, bajet boleh jumpa kawan aku tapi sebab dah 8 kali pusing dekat tempat sama, ambil keputusan singgah sahaja mana-mana kedai makan.
- Game ketiga dah ada sub tapi kali ini seri 2-2. Grouping dapat nombor dua jadi layaklah ke pusingan kedua
- Pergi The Mines lepak-lepak sebelum pergi rumah abang Sheva. Dapat lah jumpa member aku yang kebetulan ada dekat The Mines. Dekat sini jugak aku dapat tengok real drama, ada orang kena lempang tiga kali. Betul-betul punya lempang depan orang ramai.
- Pergi rumah abang Sheva ada makan-makan. Memang aku lah makan paling banyak. Makan tengah hari pukul 5 dan minum petang pukul 6.30.
- Dalam jarak antara makan dan minum petang, teman anak buah Sheva mandi dekat swimming pool. Aku bantai tidur tepi swimming pool tu.
- Balik UIA paling hardcore. Driver mengantuk, penumpang mengantuk, tapi jalan sahaja. Nasib baik selamat.
- Keesokan harinya paling malang. Main sekali dekat 2nd round dah kalah. Penat jek datang. Balik masing-masing semua kecewa.
Paling aku tak boleh terima, aku baca paper Metro Jumaat (25/2/2011), Unimax dapat nombor dua. Argh. Sepatutnya kitorang boleh menang lawan Unimax tu. Nasib je tak menyebelahi dengan takde subnya.. Tapi UPM untuk minggu tu memang famous. Yang futsal tu masuk paper, beberapa hari sebelum tu pun masuk paper jugak kes students buat bantahan sebab pihak universiti membatalkan kemenangan beberapa calon dalam Pilihan Raya Kampus yang diadakan pada hari Isnin.
Sebenarnya, aku berharap sangat nak menang. Untung-untung aku boleh mendapatkan hadiah terbaik untuk birthday aku yang telah pun berlalu.Tapi malangnya tak dapat. UPM, bila lah badi aku dengan ko nak hilang ni? Hadeiiiii

0 komen:
Catat Ulasan