Masa Akademi Fantasia(AF) mula-mula diperkenalkan, aku tak pernah ambil peduli pun sebab masa tu rumah aku takde Astro. Kawan-kawan duk sembang pasal Vince la Zahid la, aku duk melopong sahaja sambil bertanya "Sape tu?". Sekarang rumah aku dah ada Astro, tapi still aku tak minat tengok sangat nak tengok AF ni. Bukan boleh pandai macam Amalina pun kalau tengok AF ni. Kalau tengok-tengok gitu sahaja bolehlah sebab terbukak. Tapi semestinya aku belum pernah lagi tengok live AF dekat televisyen sebab waktu AF disiarkan pada Sabtu malam. Baik aku layan bola Liga M lagi bagus. Lagipun, aku bukannya nak follow sangat sampaikan Diari AF pun tak boleh nak miss macam segelintir peminat AF. Tapi untuk AF9 ni, walaupun masih tak minat, aku nak bagi sokongan dekat member aku.
Kawan aku ni namanya Zaki bin Zainal. Asal dari Johor. Kalau korang nak tau suara dia sedap ke tak, korang boleh usha video dia time uji bakat AF9 baru-baru ini.
Kalau korang berminat untuk menyokong member aku ini gak, mari kita pakat ramai-ramai undi dia dekat http://www.astro.com.my/akademifantasia/articles/art_3978.html untuk membolehkan kawan aku ni mara ke Top 25 AF9. 1 hari 1 undi sahaja untuk merealisasikannya. Segala pendaftaran & undian di link yang aku bagi tu adalah PERCUMA. Hanya klik di "Register Now" dan isikan alamat email dan password. Kemudian undilah setiap hari sehingga 3 Mac ini. Keputusan adalah berdasarkan 50% undian dan 50% panel Astro. Lupa nak cakap, nama dia dekat AF ni adalah Zack. Video dia video yang ketiga dalam web Astro
8 komen:
sedap ah soree. siyes!
bile mg pulok nk masuknye?? aku sokong!!
haha.semangat buyat:)
sedaaap ooo sora dia..
org kg aku pn ada jg ni..
hihih
@syAzAnA
tak dapat masuk. awak la xundi. huhu
@yieyaw
aku baru test suara td, tp uia da ujan =.=
@mira farhanah
mesti r mira. kot famous, boleh tumpang sekaki. hehe
@mr_mrs mikko
tau xpa. org kg ko yg mane. boleh je nk bg sokongan kot. member ak ni tk dapat. huhu
Catat Ulasan