06 Februari 2011

Apo kes?: Ikan masin bulu ayam

Cuti midsem sudah pun berakhir dan ini bermakna habislah tugasan aku di rumah atau dalam erti kata lain, home work. Haha. Ini bukan homework yang diberikan oleh lecturer yang memang satu harapan sahajalah nak membuatnya di rumah. Bukak beg pun idak, nak buat lagu mana. Tugasan aku bukanlah mengemas rumah, memasak, membasuh baju dan sebagainya tetapi sebaliknya akulah yang mengucar-ngacirkan ruang tamu dengan selimut, bantal dan tilam, makanan di rumah aku yang kasi perabih, menambah kuantiti baju dalam mesin basuh malah aku juga berjaya menambahkan bil api dan air. Selain itu, tugasan khas aku di rumah jika ada motor sendiri mahupun motor sedara mara.

Di dapur ketika sedang bersiap sedia untuk kenduri tahlil.

"Ateh, tolong boli ais dengan maggi yang takdo serbuk perencah uh sepeket, maggi sepeket" permintaan dari makcik dan sedaraku.

"Ado lagi tak nak boli?" aku bertanya kembali.

"Takdo"  "Kompem?"  "Kompommmmm"  "Bak duit"

"Ayah, kunci motor."

"Ado kek motor tu. Kalau takdo kek tompek biaso. Mak suruh boli apo tu. Poie boli minyak motor sekali. Nah duit."

Preng preng preng prengggggggggggg. 10 minit kemudian.

"Nah ais ngan maggi."

Tiba-tiba mak aku datang.

"Ateh, poie boli ikan masin bulu ayam"

"Haaa?"

"Ikan masin bulu ayam. Cakap je kt orang tu nak ikan masin bulu ayam."

"Duit?"

"Tu pakai duit lobih tu. Duit ayah tu kan?"

"Ha yolah"

Korang tahu ikan masin bulu ayam? Aku baru tahu. Kalau orang tak suruh pergi beli, sampai bila aku tak tahu. Haha. Mahal weh ikan masin bulu ayam ni. Kedai pertama aku pergi, dia(pekerja baru) timbang satu kilo RM10. Aku ambil 300 gram je. Tokey tu dah bising-bising cakap rugi sebab pekerja baru tu tak tahu harga. Masa tu aku ingat benda tu murah je. Yang nak kecoh-kecoh kenapa, aku cakap dalam hati. Kedai kedua aku pergi, aku rasa baik aku suruh pekerja tokey kedai pertama tadi timbang sebab kedai kedua ni timbang satu kilo RM15++. Aku ambil 200 gram sahaja.

credit


Sesiapa yang tak tahu ikan masin bulu ayam, ikan masin bulu ayam ini selalu didapati dekat kenduri kendara. Kalau ada orang sediakan lauk ikan masin goreng, itulah ikan masin bulu ayam.

6 komen:

Misshy Innz berkata... [Thanx komen]

pes time dengo .
dah taw dah ;D

syAzAnA berkata... [Thanx komen]

sy pun bru pes time dgr. tpi, mcm penah makan. hehe

Berto berkata... [Thanx komen]

dia cmpur ikan tu dgn bulu ayam ke hapa?

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Misshy Innz
hehe ape yg taunye?

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@syAzAnA
hehehe nanti masak sendiri lah plak

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Berto
xtau lah bert. xdo lak nampak bulu ayam eh

Related Posts with Thumbnails