Aku memang tak tahu sangat pasal berita semasa kalau duduk UIA ni. Macam haremmm. Yelah, kalau nak tengok tb kena pergi kafe. Kalau dah pergi kafe, kalau bukak siaran berita takpe jugak. Balik-balik 811, 812, 813, 814, 817, mane nak tahu beritanya. Beli paper? Tak larat lah. Kadang-kadang berita paper ni kurang lengkap, kadang-kadang paper ni pulak kurang lengkap. Nak beli semua? Bak datang lah duit. Baca kat internet? Nak online pun pinjam laptop orang. Library? Malas dah bagi alasan. Haha. Beralasan je aku ni. Usaha tarak. Ngeng.
Aku balik rumah sempena cuti midsem hari Isnin. Hari Ahad hujan tak berhenti langsung. Aku tak ambil port pun. Sampai Seremban, aku mesej Kak Innz nak balik terus. Tengah hari pukul 1 lebih. Walaupun Kak Innz cakap nak belanja cool blog, aku taknak susahkan orang. Sebab dulu time aku kecik-kecik, kawan-kawan datang rumah aku time tengah hari buta, bapak aku cakap, "mak bapak korang tak suruh balik rumah ke makan tengah hari?" Haha. Tapi sebab aku nak try jugak cool blog, aku tunggu lah jugak kak Innz datang. Last-last kereta dia rosak tepi hiway. Sian akak. Sorry ye ;(.
Standard aku dah naik bas dari Seremban ke Bahau baru aku telefon ayah aku cakap nak balik. Ayah aku cakap, "Macam mana nak balik? Jalan masuk Palong banjir. Kau duduk lah rumah Angah dulu". Tapi sebab aku dah naik bas, bapak aku cakap jalan aje lah. Nanti kalau sempat, bapak aku jemput. Ayah aku pun jemputlah dekat Bahau. Bas memang dah tak sanggup nak lalu dah. Sampai satu kawasan, jalan tu memang dah penuh dengan air. Halangan pertama meredah air. Full tayar masuk dalam air. Lepas. Halangan kedua, jalan putus. Jalan tu dah pernah masuk paper, dah repair, runtuh lagi. Hampeh. Bukit Putus tak pernah pulak putus. Nasib baik boleh lalu sebelah. Kenalah tunggu giliran.
Sampai Rompin(bukan Rompin Pahang), banyak kedai dekat situ tutup sebab air dah naik sampai lantai. Masjid pun sama dah naik sampai tangga. Jalan depan sikit, siapa yang rumah dekat dengan sungai memang syok. Rumah dia dah jadi pulau dah aku rasa. Tuan punya rumah siap boleh mengoca depan rumah tu. Jalan lagi sampai satu kawasan. Tanah runtuh. Nice one. Tiang elektrik yang ada dekat situ tumbang. Janganlah elektrik takde. Dahlah bapak aku cakap air takde sebab kawasan punca air, paip pecah. Landasan kereta api pun aku tengok dah naik air dah. Agak-agak kereta api boleh lalu tak?
Air jangan cerita. Dah nak habis dah air dekat rumah aku ni. Lagi-lagi kawasan atas bukit. Walaupun nanti air ada, paling last kawasan rumah aku lah air datang nanti. Semalam lori air datang. Dah lama aku tak tengok lori air datang. Dulu waktu kecik-kecik seronok je tengok lori air datang. Masing-masing sibuk sediakan tong air dari yang sebesar gajah hinggalah yang sekecil semut. Selagi boleh tadah air, sediakan sahaja. Aku cuma suka tengok brother tu transfer air dari lori ke bekas air. Dia punya air macam pili bomba besarnya. Seronok je kalau mandi pakai paip tu. Haha.
P/S: Penduduk yang menghadapi banjir, sila patuhi langkah keselamatan ketika banjir melanda. Jangan duk hu ha hu ha sangat . Ingatlah yang tersayang,
![]() |
| credit |
P/S: Penduduk yang menghadapi banjir, sila patuhi langkah keselamatan ketika banjir melanda. Jangan duk hu ha hu ha sangat . Ingatlah yang tersayang,

8 komen:
nanti kita kuag ts ye ;)
cari cool blog . cean kamu ;(
nak cool blog gakk!
@Misshy Innz
kite buat gathering blogger uia kt ts kak.
baru grand sikit
@syAzAnA
mintak kat kak innz
nogori pon ada rompin erk, baru aku tahu..keh2
@Berto
hahaha jomput datang berto.
philadelphia pun ada, poland pun ada. hahah
Ha3.. Banyaknyae alasan bila x online...
@deCrewz
alasan kene sentiasa ada. hehe
Catat Ulasan