31 Januari 2011

Apo kes:?Best pusing-pusing dalam UIA

Alkisah semalam aku nak balik rumah sempena cuti midsem/hari wilayah/tahun baru cina. Pandai jugak UIA cari waktu untuk cuti midsem. Orang lain semua ramai dah balik hari Jumaat,Sabtu dengan Ahad. Aku sorang sahaja yang baru nak balik hari Isnin. Dah macam foreigner pulak aku rasa masa tu. Dah la bebereapa minggu sebelum ini orang salah anggap aku foreigner. Mamak cafe boleh bantai speaking dengan aku masa aku nak bayar makanan. Cam haremmmm.

Berbalik kepada kisah aku. Aku cadang nak naik bas Rapid T231 dari UIA ke LRT Gombak. Dari Gombak ambil LRT pergi Dang Wangi, tukar monorel dari Bukit Nanas ke Hang Tuah. Dekat Hang Tuah ambil bas pergi Seremban.

 
UIA aku ni jalan besarnya one way. Kalau nak naik bas keluar, perhentian 1 tu kira perhentian pertama dalam UIA dan perhentian 2 tu kira perhentian terakhir. Masa aku lalu dekat perhentian 2, aku nampak bas Metro 12 pergi Kuala Lumpur lalu. Kosong. Sebab orang ramai takde kan. Tapi aku jadi pelik bila bas tu boleh lalu lagi depan perhentian 1. Kiranya dia nak pusing lagi sekali lah. Maybe sebab kosong jadi driver bas tu ambil keputusan tawaf lagi 1 UIA.

Aku pun pergi lah dekat perhentian 1. Tak lama lepas tu, bas Rapid T231 sampai. Aku pun naik dari perhentian 1. Aku tengok jam takdelah lambat sangat ni. Sempat nak kejar bas last dekat Bahau yang pergi Palong nanti. Bas pun pusing sampai dekat perhentian 2. Bas tu boleh cakap penuh la walaupun tiada penumpang berdiri sebab semua seat ada orang duduk. Tapi aku jadi stress bila driver tu pun buat macam bas Metro tadi. Dia boleh pergi tawaf UIA sekali lagi. 

Terpaksalah aku dengan stressnya menawaf UIA dengan menaiki bas. Takpelah. Bukan selalu dapat tawaf UIA ni naik bas.Selalu tawaf naik motor je. Nasib baik dia tawaf sekali je. Kalau dia tawaf 5 kali tadi, maun aku cepuk driver tu. Hasil daripada usaha driver tu menawaf UIA untuk kali kedua, dia dapatlah 4 orang lagi penumpang. Haiih

14 komen:

ninie_azriena berkata... [Thanx komen]

untunglah kan org tak biasa nek bus dalam uia tue..
aq slalu jer tawaf, tapi separuh jalan jer ah kot..hehehe..

p/s : aq terbaca blog jiwang ah...hahahaha (n_n)

yaya kechiq berkata... [Thanx komen]

aku naek bas rapid tak pernah pon buat 2nd round . tapi masa nak balek hari tuh dia buat 2nd round sampai aku tertinggal bas nak balek johor . geram !

PriNceghOstz berkata... [Thanx komen]

lyan jer driver tuh..
hahah

::fadxieza:: berkata... [Thanx komen]

hehehe..
naseb bek kite xpenah kene cmtu..

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jaya jr berkata... [Thanx komen]

buyat orang palong rupenye.aku pergi sane aritu..jauh gile nak kene masuk..huhu

jaya jr berkata... [Thanx komen]

buyat orang palong rupenye.aku pergi sane aritu..jauh gile nak kene masuk..huhu

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

ninie: haha aku pun pernah je la tawaf uia jalan kaki bukan xpernah. grrrr

p/s: hahahahampeh cmane ko boleh termasuk ni

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

yaya kechiq: da uh cmane ko balik johor weh? aku pun nasib baik la bas banyak on the spot. xyah beli tiket awal2

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

princeghostz: tahu xpe.best agaknye drive bas

fadxieza: try lah. best kot. haha

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

mat: ko buat pe masuk palong mat? xajak r ko ni. haha

Misshy Innz berkata... [Thanx komen]

best kannn ?
hehe xD

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

best2.. nanti nak try naik kancil akak pulak. haha

Misshy Innz berkata... [Thanx komen]

@buyat(bebola tomato)

kancil akak only available kat seremban jeh ;D

Related Posts with Thumbnails