15 Disember 2010

Apo kes?:Debaran Separuh Akhir Kian Terasa

Debaran kian terasa.Selang beberapa jam lagi,jam 8 malam waktu Malaysia,akan bermulanya sepak mula perlawanan separuh akhir 1 pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur Malaysia.Perlawanan yang melibatkan pasukan tuan rumah Malaysia dan Vietnam ini bakal disaksikan oleh ratusan ribu rakyat Malaysia sama ada di stadium mahupun kaca televisyen di siaran sukan Astro Supersport 813 dan stesen RTM1 dan menurut Kelab Penyokong Skuad Harimau Malaya AFF CUP (Facebook), RTM1 akan menyiarkan lewat setengah jam bagi memberi laluan kepada Berita Nasional.Bagi sesiapa yang mahu menonton di stadium dan membeli tiket di sana,harga tiket adalah RM20 bagi tempat duduk biasa dan RM40 bagi tempat duduk khas dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun sehingga 6 tahun(tempat duduk biasa).
Related Posts with Thumbnails