15 Disember 2010

Apo kes?:Debaran Separuh Akhir Kian Terasa

Debaran kian terasa.Selang beberapa jam lagi,jam 8 malam waktu Malaysia,akan bermulanya sepak mula perlawanan separuh akhir 1 pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur Malaysia.Perlawanan yang melibatkan pasukan tuan rumah Malaysia dan Vietnam ini bakal disaksikan oleh ratusan ribu rakyat Malaysia sama ada di stadium mahupun kaca televisyen di siaran sukan Astro Supersport 813 dan stesen RTM1 dan menurut Kelab Penyokong Skuad Harimau Malaya AFF CUP (Facebook), RTM1 akan menyiarkan lewat setengah jam bagi memberi laluan kepada Berita Nasional.Bagi sesiapa yang mahu menonton di stadium dan membeli tiket di sana,harga tiket adalah RM20 bagi tempat duduk biasa dan RM40 bagi tempat duduk khas dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun sehingga 6 tahun(tempat duduk biasa).

Semestinya,aku juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton di stadium dengan mengambil kira aku telah pun berada di Gombak ketika ini.Kegagalan untuk menonton perlawanan persahabatan Malaysia menentang Bawah 23 Korea Selatan tidak lama dahulu mesti ditebus.Hasilnya,dengan semangat berkobar-kobar dengan ditambah berita kurang enak bahawa tiket yang dijual pada Isnin hampir habis dijual,keputusan nekad telah diambil untuk ke Bukit Jalil pada hari Selasa semata-mata tidak mahu kehabisan tiket sebelum sempat dibeli.

Untuk lebih berbaloi,aku bertanyakan kepada rakan-rakan jika ada sesiapa yang mahu mengirim tiket denganku.Hasilnya,pemilik blog Belog Bagus,Shafiq Izzudin menempah 10 tiket sedangkan aku cuma membeli 6 keping tiket sahaja untuk rakan-rakan lain.Kepuasan membeli 16 keping tiket serentak ternyata menyelami diri aku.Sehinggakan aku berasa menyesal kenapa tidak aku mencukupkan sahaja sehingga 20 keping tiket.Terketar-ketar aku menghulurkan RM320 kepada si penjual tiket yang sedang tersenyum lebar menjawab soalan aku,tidak seperti seorang petugas di salah sebuah stesen lrt yang telah berjaya memarahi aku.Note:Nasib baik kau lagi tua tau!!!!

Sesi bergambar bersama tiket-tiket yang telah dibeli tidak ketinggalan.Ternampak seorang juru gambar bersama sebuah kamera besar gedabak,lalu berlaku lah perbualan berikut.

Aku: Bang,boleh ambil gambar saya bang?

Abang juru gambar: Gambar pe dik?

A: Saya beli 16 tiket ni bang.

AJG: Eh yeke?Elok tu.Jom ambil gambar background kaunter tiket tu ye.Adik pegang hujung tiket ni kawan adik lagi sorang ni pegang hujung sana.


Selesai bergambar.

AJG: Boleh abang tau nama adik?(sambil mencatatkan di buku nota)

A: Muhayat Ajwad bin Mohd Hafidz

AJG: Eja dik?

A: M.u.h.a.y.a.t A.j.w.a.d b.i.n M.o.h.d H.a.f.i.d.z

AJG: Umur berapa?

A: 19(lambat jawab.lupa umur daaaa)

AJG: Kawan yang lagi sorang ni?

Sufian: Mohd Sufian bin Sahar

AJG: Eja?

S: M.o.h.d S.u.f.i.a.n b.i.n S.a.h.a.r

AJG: Umur?

S: 20

AJG: Asal mana dik?

A: Asal Negeri Sembilan(punya lah nak naikkan nama tempat sendiri)

S: Tapi belajar kt KL

AJG: Oh student lah ni

A&S: A'ah student

AJG: Student IPT ke?

A: A'ah IPTA

AJG: Okay terima kasih dik eh.

A: Sama-sama bang.Abang wartawan mana bang?

AJG: Abang dari The Star dan abang lagi sorang ni dari Malay Mail

A: Eh kena beli paper sok ni.


muka depan

nk bagi muat semua masuk gambar




muka belakang

 Gambar bawah ini ada cerita jugak.


runner 16 tiket=rm320,merangkap penunggang.aku tumpang je

Lepas ambil gambar atas ini,datang seorang perempuan sambil berkata, "May I take your picture?".Jawapan standard diberi,"oh yes"(tak reti nak cakap bi panjang-panjang).

P/S: Rasa famous sekejap tapi taklah sefamous budak ini yang terjumpa Anuar Zain











 

4 komen:

Bert berkata... [Thanx komen]

malaysia monang..cunnnn buyat

Hiromi Ichiban berkata... [Thanx komen]

Buyat, nak gak gambar ngan tiket2 tu.

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Bert

yezzaaa target sukan sea lak

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Hiromi Ichiban

erk tiket da kene koyak la. haha

Related Posts with Thumbnails