18 November 2010

Apo kes?:Lawak Sukan Asia 2010

Aku bajet taknak tulis ape-ape tentang Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Guangzhou China sebab aku dah ketinggalan beberapa hari selepas Sukan Asia 2010 berlangsung,jadi aku rasa tak best pulak nak tulis pasal Sukan Asia ni.Tapi memandangkan aku dah lama tak post apa-apa dan tiba-tiba aku terbaca satu berita,aku pun rasa nak share lah benda ini.Ucapan tahniah untuk kontinjen negara yang telah menang pingat aku tolak tepi dahulu sebab Sukan Asia 2010 ini belum habis lagi.Masih banyak pingat yang boleh dicapai oleh kontinjen negara.Jadi sekali harung ajelah ucapan untuk mereka nanti.

Aku baca paper Harian Metro versi cetak bukan versi elektronik Khamis,18 November 2010 bahagian Arena(Sukan) muka surat 68 berita kecil bertajuk "Media kutuk aksi Fahad'.Mari kita lihat apa sebenarnya yang Fahad Khalfan,pemain remaja Qatar berusia 18 tahun telah lakukan.Dengan teknologi serba canggih,maklumat dapat disampaikan dengan segera.


4 juta penonton dalam masa sehari.Paling hangat buat masa ini dalam Youtube. Ulas sedikit tentang game ini.Berdasarkan video ini dan pemahaman aku mebaca akhbar Harian Metro,ini merupakan perlawanan suku akhir antara juara bertahan Qatar (yang menewaskan Iraq 1-0 di Sukan Asia 2006 di Doha) menentang Uzbekistan.Video ini menunjukkan extra time baru sahaja bermula selama 38 saat.Pertahanan Uzbekistan berjersi nombor 4 menghantar bola kepada penjaga gol, Timur Juraev tetapi dikejar oleh Khalfan.Dan berlakulah insiden di dalam video di atas.

Review sendiri:Timur Juraev tidak boleh menangkap bola hantaran tersebut tetapi dia mendapat tekanan daripada Khalfan.Dia mungkin cuba untuk melakukan dummy dan mengharapkan bola keluar padang sambil mengharapkan Khalfan tidak berjaya menyambar bola kerana Juarev tidak langsung mengangkat kaki untuk menyepak.Sama ada dia terlajak atau memang mahu membuat dummy,itu tidak pasti.Namun sebaliknya berlaku apabila Khalfan berjaya mencuri bola setelah melepasinya.Ketika ini,Juarev terbaring,mungkin mengharapkan pengadil meniup wisel kerana berlaku kekasaran ataupun tidak mahu dipersalahkan.Melihat kegagalan Khalfan,Juarev segera bangun dan kembali ke posisi asal.

Dalam hal ini,seharusnya Juarev yang mendapat perhatian kerana kesilapannya mencongak apa yang akan berlaku atas perbuatannya,namun Khalfan memilih untuk mendapat perhatian dengan melakukan kesilapan.Hasilnya,Qatar ditewaskan dalam masa tambahan 0-1 kepada Uzbekistan.


Pembetulan:Ini melibatkan perlawanan pusingan ke-2 ataupun Best of 16


P/S:Tidak optimist Malaysia mampu mencapai sasaran 9 pingat emas namun masih mengharap kontinjen negara mencapai sasaran tersebut.

12 komen:

jaya jr berkata... [Thanx komen]

haha..kesina..die xguna kaki kanan sepenuhnye..

Amirul Al Hafiz berkata... [Thanx komen]

hahahaha babi lawak syial~

Bert berkata... [Thanx komen]

sumpah mamat ni kalau balik qatar mesti x senang duduk

iDa berkata... [Thanx komen]

huhuuhhuh..mcm2 hal...

tia berkata... [Thanx komen]

kahkahkah!
mcm gampang!!

Anna Boleyn berkata... [Thanx komen]

hahhaa siyes lawak. XD

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@jaya jr

hahaha kalau die kontrol,gune kepala pun boleh aku rasa

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Amirul Al Hafiz

hahaha sian pulak kat mamat ni jadi bahan gelak

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Bert

agak2 die main tak sukan asia aritu?

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@iDa

da takdir kot. hehe

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@tia

amboi tia. suka gelakkan orang. haha jangan marah ye

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Anna Boleyn

nanti kalau main futsal jangan wt macam ni ye

Related Posts with Thumbnails