Ada orang mintak aku buat post tentang pengalaman raya(masuk sikit pasal puasa).Tapi baru sekarang aku nak buat.Almaklum lah.PEMALAS.Haha.Request daripada pembaca setia aku,Nurhidayah Erlyna(seorang yang pantang bila namanya disalah eja.Biasalah nama pelik-pelik ni memang pantang sikit.Huhu).Rasa nak nangis pulak bila ada pembaca setia.Padahal sorang je.Haha.Dan ada juga request dari budak ni.Aku suka buat janji yang janjinya kurang ditepati.Minta maaf lah ye wahai kamu berdua.So,kiranya entry kali ini aku nak cerita pasal pengalaman raya dalam bentuk point-point.Huhu.Untuk entry kali ini fokus kepada zaman kanak-kanak dahulu.Jika RAJIN,edisi seterusnya akan menyusul.
Semasa kecil(kanak-kanak bawah 12)
- Puasa.Jarang-jarang nak penuh.Selalunya akan menggunakan taktik biasa iaitu sambil menyelam minum air.Bukan peribahasa tetapi betul-betul menyelam dalam kolah dan minum air.Tak pun bukak je air paip.Susah sangat.Jarang-jarang mendengar kanak-kanak perempuan menggunakan taktik ini.Dan kadang-kadang bila nak dapat 100% complete puasa penuh,hujung-hujung akan ponteng satu dua hari dengan meminta izin ibu bapa lalu dapat makan dengan lahapnya tanpa perlu menyorok.Bertanding dan rasa megah bila dapat mengatasi jumlah puasa abang ketiga walaupun puasa yang-yok.
- Tarawikh.Jarang-jarang dihayati kerana diselang seli dengan bermain mercun.Jika pergi pun,lebih banyak bermain dan bila sujud terakhir mulalah terhegeh-hegeh untuk sujud sama.Saat yang ditunggu-tunggu adalah ketika rakaat kelapan kerana selepas rakaat kelapan ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing.Jika malas,tunggu sahaja sehingga moreh untuk pulang bersama ibu bapa tetapi jika terasa kerajinannya,berjalan kaki bersama-sama rakan kerana kadang kala ayah akan membawa makanan pulang ke rumah.Jadi tidak perlu tunggu di masjid untuk mendapatkan makanan.Tetapi penyesalan melanda kerana selalunya selepas rakaat kelapan,rakan-rakan akan mempermainkan wirid yang dibaca.
- Baju raya.Sudah tahu warna baju raya sebelum waktu raya.Dan kebiasaannya baju raya adik beradik adalah sepesen(sefesyen).Masa kecil adalah kurus dan baju raya amatlah mudah untuk dibeli yang sudah siap.Tinggal nak potong mana yang panjang dan sambung mana yang pendek.Samping dan songkok adalah perhiasan yang wajib ada.Rasa macam pahlawan Melayu sahaja.
- Duit raya.Duit raya daripada ibu bapa adalah berdasarkan bilangan hari berpuasa.Jika berpuasa penuh,banyaklah dapatnya.Jika kurang,sama je rasanya.Masa kecil-kecil dulu pernah pula nak ambil tahu semua itu.Yang penting duit masuk poket.Tetapi untung lagi abang pertama dan kedua kerana mereka dijanjikan dengan ganjaran jika dapat menghabiskan bacaan 1 al-Quran yang mana aku gagal untuk melakukannya sehingga sekarang.Duit raya juga datang dari pakcik-pakcik dan makcik.Perasaan cemburu mula timbul kerana kebiasaannya abang-abang dapat lebih duit raya kerana mereka lebih dewasa walaupun belum menamatkan zaman remaja.Cuma berasa kaya ketika darjah enam kerana keputusan UPSR amatlah memberangsangkan lalu saguhati yang diberi amat mengujakan.Seterusnya duit raya datang dari hasil berjalan pusing kampung dengan muka tak malu entah pergi rumah siapa main redah sahaja termasuklah berjalan pergi takbir malam raya.Dan kebanyakan duit raya dikembalikan kepada ibu bapa untuk disimpan dan kepada abang-abang kerana berkongsi wang membeli PS1.
- Sembahyang raya.Biasanya akan pergi dengan ibu bapa kerana tiada kenderaan waktu itu.Walaupun masjid dekat tetapi pemalas nak pergi masjid jalan kaki tetapi rajin nak balik rumah jalan kaki kerana tidak mahu mendengar khutbah.Masa itu ingatkan bila dah habis solat dah boleh balik kerana biasanya solat-solat lain boleh terus cabut.Kadang-kala tak sembahyang pun kerana masjid di kampung menyediakan gelongsor dan buaian.Mengambil inisiatif duduk di buaian kerana masjid sesak dengan orang.Dan selepas sembahyang,akan menziarah pusara kakak sulung.
- Jalan raya.Raya akan disambut di kampung emak iaitu Palong Dua.Tengah hari itu,akan pulang ke kampung ayah pula iaitu di Senaling.Akan berkampung di sana selama 2,3 hari kerana ramai saudara ayah yang akan diziarahi di Kuala Pilah.Kemudian,pulang semula ke Palong Dua untuk pergi beraya ke rumah sanak saudara emak pula sehinggalah cuti ayah habis dan pulang ke rumah Serting Hilir.Selepas seminggu raya,akan banyaklah jemputan diterima untuk beraya di rumah kawan-kawan ayah dan emak di Serting Hilir.
Bersamping biru adalah saya
Jatuh dekat lopak air selepas sembahyang raya.Kotor sudah baju raya.Itulah akibatnya tidak mahu mendengar khutbah raya.Kononnya nak balik sendiri dan balik awal berjalan seorang diri sejurus selepas sembahyang.
P/S:Lebih banyak gebang sebab zaman kecik-kecik tak ingat sangat.

5 komen:
muke kau yg paling manes kan mase kecik2 dulu.. cumel abes.
hahaha ko nye samping yg paling vogue!
hahaha
mak aii...
kemain menyerlah lagi sampin ko...
eh2...tu ko ek?
awat x 'comel' cm skng??
hehehe~
ekau bilo nak bg duit rayo kat aku ni buyat??
fieka:hahaha thanx yee...
reen:beselah der!nk market nye pasal
erlyn:kuang2..baru lah stylo..cis ko..perli ke puji???
bert:orang tuo kono bg orang mudo lah
Catat Ulasan