04 September 2010

Apo Kes?:Semoga Berbahagia

Hari raya merupakan hari yang mulia.Tetapi jarang-jarang orang nak menambahkan kemeriahan hari raya dengan satu majlis istimewa iaitu kenduri kahwin.Muahaha.Aku dah mula merepek.Mood raya telah pun datang dan tiba secara perlahan-lahan setelah 3 hari meninggalkan kertas peperiksaan mid semester.Dah lah kertas midsem je pun nak poyo aku ni.Orang lain semua mood raya dah datang minggu lepas lagi terutama si dia ni yang suka panggil aku gedik.Nak panggil dia gedik balik,tak sampai hati.Hihihi.Jangan marah ye awak.


Hoho berbalik kepada isu kenduri perkahwinan,musykil juga aku sebab jarang-jarang mak ayah aku ajak aku pergi kenduri kahwin masa hari raya.Kalau masa cuti sekolah ke,cuti tak sekolah ke,mesti banyak je jemputan.Tetapi masa raya kenapa takde ataupun kurang sangat yang mengadakan kenduri kahwin?Raya pun cuti juga kan?Sebabnya,kenduri kahwin itu berjemput,oleh itu boleh dikatakan tertutup  manakala raya pula terkenal dengan konsep rumah terbuka.Jadi,sesiapa boleh datang menziarah sesama saudara se-Islam.Maka terbuktilah konsep kenduri kahwin(tertutup) kurang sesuai dengan konsep rumah terbuka dan menimbulkan persoalan yang seterusnya iaitu apa yang sedang aku mengarut tentang kenduri kahwin dan rumah terbuka ini.Tiada bukti saintifik langsung aku bagi.

Pembuka cerita kat atas memang tiada kena mengena dengan tajuk(adalah sikit) dan isi cerita di bawah.Sebenarnya,tajuk dekat atas itu aku tujukan kepada sesiapa yang sedang berumah tangga walaupun tiada tangga dekat rumah,yang bakal berumah tangga dan yang ada hajat nak berumah tangga tetapi belum kesampaian.Itu secara umumnya.Secara khususnya pula,akan diberitahu pada penutup cerita nanti.

Anda dan juga anda,
Perangai memang menggelikan hati,
Bila ditanya sering berahsia,
Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi.

Orang kata anda bercinta,
Dengan mudah anda menafikannya,
Semua orang tidak percaya,
Anda buat tidak endah sahaja.

Bukan niat untuk menyibuk,
Sifat manusia ingin tahu,
Kemesraan yang anda tunjuk,
Tanda ada udang di sebalik batu.

Mungkin dahulu tiada apa-apa,
Namun kebarangkaliannya tetap ada,
Tetapi sekarang anda bersama,
Semoga bahagia ke akhirnya. 

Ini entri khas yang diberikan kepada dua orang rakanku yang bernama Azizi bin Hazim dan Nadiah binti Suhuli.Simple je nama masing-masing kan?Sesuai betul.Dan macam mana aku boleh hasilkan benda dekat atas ini?Bayangkan dua orang ini,member-member semua memang dah aim yang mereka mempunyai sesuatu cerita yang tersirat dan sering kali diprovokasi oleh member-member,namun dengan tenang mereka menepis dan menyangkal dakwaan seolah tiada apa-apa yang berlaku sehinggakan ramai yang percaya walaupun masih was-was. Macam artis betullah korang 2 orang ini.

Dan bila bulan puasa ini,aku teringat kejadian tahun lepas di bulan puasa.Rajin betul korang berdua bermesej sampaikan boleh hafal ayat falsafah masing-masing.Yang paling aku nak gelak,masa Zibob nak tumpangkan aku sampai Seremban,Nadiah tengah mesej Zibob dan minta tolong kirim salam dekat aku.Aiyark.Dah lah nak bawak kereta ni,boleh pulak main mesej.Nasib baik belum gerak lagi time uh.Kalau dah gerak,aku pun goyang.Hadoi.No hard feeling ok(aku macam kenal je ayat ni,kan Nadiah?).Saje je gurau-gurau ngan korang berdua.

Dan sebagai penutupnya,agar tidak lari dari tajuk,aku sekali lagi ingin mengucapkan semoga berbahagia(seperti yang telah dihighlight kan di bahagian atas) kepada calon-calon berikut.:
  • Azizi dan Nadiah(watak utama)
  • Hadi dan Erlyn
  • Adibah dan *****
  • Rahafizah dan Haziq(calon dari Mesir)
  • Brain(baru dapat calon dengarnya)
  • Fieka(paling ramai calon terutama calon luar negara)
  • Amir Hasif(bila nak tunjuk awek ko?)
  • dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini
 Inilah antara orang yang mendapat anugerah khusus daripada aku manakala anugerah umum pula aku telah nyatakan sebelum ini iaitu mereka yang sedang berumah tangga walaupun tiada tangga dekat rumah,yang bakal berumah tangga dan yang ada hajat nak berumah tangga tetapi belum kesampaian



14 komen:

Nurhidayah Erlyna~ berkata... [Thanx komen]

huhuhu...
time kasih atas tanda ingatan ko buyat....
terharu den!
doakan kitorng kekal jodoh sampai kawen yerrr...
smoga ko gak dpt calon isteri idaman ko...

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

hahahha mestilah...
ak kn suke menyibuk dalam hal korang...
stalk korang..
tu tanda ak nk korang kekal smpai ke akhir hayat.....
woit ayat last uh wish lmbt lg la...
target ak lmbt lg nk dpt..wish awal2 kang,awal lak dpt

Fieka Shafika berkata... [Thanx komen]

apo yat byk calon luar negara??? adeh.... ko ingat negro yo..

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

selalu ja ang panggey aku gedik!
nak kawen gakkss!
hee~
:)

Bert berkata... [Thanx komen]

rayo ni x payah nak risau pasal exam la buyat

jaya jr berkata... [Thanx komen]

buyat:aku xde awek lagi nk dipublish.

nanti bile ade aku ajak die ngn ko skali..kite g wanga walk mall maen bowling..haha

hamzah ian berkata... [Thanx komen]

gua pun baru abis exam mid term.. hahahaha

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

salam..

selamat hari raya..maaf kalau ada salah and silap. :)

p/s: lama nya dah tak datang blog ni.. jemput dtg blog anne boleyn balik kay.. :)

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Fieka Shafika

ko uh yg pk lain. den bagi calon macam justin bibir

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@reen_sofee

haha gatai ye? da ada calon ka?

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Bert

memang den tak pk sangat pun. haha

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@jaya jr

hahaha tipu2.

bereh mat. makan kfc skali. haha

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@hamzah ian

hahaha midterm sem 2 lak. weh gua baru tau gua kenal lu. hahahahampeh

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Anne Boleyn

salam. hehe nak duit raya. lalala

Related Posts with Thumbnails