06 Ogos 2010

Apo Kes?:Mamat Jiwang

Salam sebagai pembuka bicara,pemula tinta.Apa jugak lah yang aku mengarut ni.Dah lama tidak menulis entri(kali terakhir hujung bulan enam/awal bulan tujuh) inilah jadinya.Gila+mereng semua ada.Almaklumlah orang tidak berkemampuan hendak menggunakan laptop sendiri di universiti.Ini pun pinjam orang punya(sila kesian).Pinjaman pun entah dapat entah tidak.Hairan pula aku.Bagi mengisi masa yang tidak lapang,mari kita jadi mamat jiwang sekejap sambil layan lagu Mahakarya Cinta-Faizal Tahir.

Waktu kecil aku terjumpa
Tiada siapa yang pernah menjangka
Buah mulut yang rakan cipta
Akhirnya kini menjadi nyata

Aku sendiri tertanya-tanya
Entah mengapa hati berkata
Aku perlu luahkan padanya
Bahawa ku suka si dia


Kian lama tidak berjumpa
Pertemuan semula kami berdua
Menggamit kembali memori lama
Membuatkan hatiku gundah gulana


Satu penantian yang sia-sia
 Harapan tidak menjadi nyata
Si dia sudah pun berpunya
Hancur punah sudah semuanya


Sekian,tidak ada kena-mengena antara yang hidup atau pun mati.Cuma akibat dari kebosanan terlampau.

8 komen:

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

hah?
neh lagu faizal tahir mahakarya cinta ke?
ko jgn mndai mandai!
aku neh die hrd fan faizal tahir taw!

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

hahaha
luahan hati ka neh??
tak dak jodoh nak buat cam na!
tak pa aih,
mana taw dapat yg lagik bek nanti!
:)
chill bro!
kita kan muda lagi!

Abu Luqman berkata... [Thanx komen]

ziarah d petang sabtu..sory tnet slow la

jaya jr berkata... [Thanx komen]

faizal tahir semakin di lupakan sebab korea da ambik alih port dlm laptop aku.haha

Bert berkata... [Thanx komen]

layan lagu baru dia la, Hanyut..
bole tahan mantap

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

zareen:hahaha luahan hati lah..mane ada kene mengene..itu lagu latar je:p

abu luqman:moga dimurahkan rezeki

cik mat:hahaha aku xkan lupakan kes ko melenjunkan seluar ak..chesss

berto:jiwang tak lagu uh?heee

EnEs SyaLif berkata... [Thanx komen]

peh....
no komen....
kne amek sajak ni.....
mne tau kne delete nnt....

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

syira:lalalala lalalala lalalala..xdelete kot~~~

Related Posts with Thumbnails