14 Ogos 2010

Apo kes?:Azam puasa?!

Adakah sudah terlewat bagi aku untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang ada di muka bumi ini?Ah lambat tak lambat.Aku nak wish juga selamat berpuasa.Dekat Malaysia,Ahad 15/8/2010 bersamaan 5 Ramadhan 1431H.Baru 5 hari berpuasa.Jadi,takdelah lambat sangat aku wish.Biasalah,orang hidup susah macam inilah.Jarang-jarang hendak online.Sedang mengalami masalah pelajaran,keluarga,kewangan dan rakan-rakan.Otak jadi serabut.Aiyark.Aku mengharapkan Ramadhan kali ini dapat memberi kekuatan kepada ku untuk meneruskan perjuangan di muka bumi ini.

Hari ini aku hendak bercerita tentang azam-azam manusia yang mungkin timbul ketika tibanya bulan puasa.Azam dan manusia memang tidak boleh dipisahkan.Tahun baru Masihi azam.Tahun baru Hijrah pun azam.Bulan puasa pun nak berazam.Tunai tak tunai itu lain cerita.Heeee.Mari kita tengok azam yang famous ketika bulan puasa.

  1. Nak puasa penuh.Taknak puasa yang yok.
  2. Taknak miss solat terawikh
  3. Kalau boleh nak buat 20 rakaat solat trawikh
  4. Nak habiskan 30 juzu' dalam bulan puasa(sehari 1 juzu')
  5. Nak jimat duit sebab tak makan banyak.Boleh shopping baju raya
  6. Nak berhenti merokok
  7. Nak mencari malam Lailatul Qadar
  8. Puasa dari tengok LM AP
  9. Fokus pada study sebab kurang main
  10. Nak kuruskan badan nanti boleh bergaya time raya

Huhuhu.Boleh bagi sepuluh sahaja sebab aku memang dah takde idea dah pun.Ini belum cerita azam raya lagi.Tapi memang terang-teranglah semua azam yang ada dekat atas ini ada kena mengena sedikit dengan apa yang aku azamkan dulu.Ada yang berjaya ada yang tak.Yelah zaman kanak-kanak riang.Semua benda kita nak kan?Hohoho.

Kalau dekat universiti,waktu awal-awal ini masih tidak terasa sangat puasa.Tambah pula tidak dapat merasa berbuka dan sahur bersama keluarga.Kalau dekat luar,takde kerja betullah baru puasa dah pasang lagu raya.Lagu raya pun jadi famous sekarang ini.Bab-bab mercun pula,aku sure tidak lama lagi kompom ada sahaja kes orang tak dapat beraya.Itulah,bijak sangat pergi main mercun siapa suruh.Lain kali tengok sahaja diam-diam dekat tepi.Wakawaka.

P/S:Ada sesiapa hendak beri kad raya+duit raya tak?Please,tengah kegawatan ekonomi.Huk2.




6 komen:

Anak Abdullah berkata... [Thanx komen]

ayai pun dah hisap rokok! kah kah kah

Nadd berkata... [Thanx komen]

Happy Fasting tomato.
hehehe..

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

saya suka azam awak laa!
hahahah
:P

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

azam nak tinggi tak dek??
hahahah

Fara Nurailiz berkata... [Thanx komen]

nanty saya pos duwet saidina tok anda sbagai dwet raya.. ok?
nak x? hehehhehe...

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

brain:hahaha iyoko??xtau plak den

nadd:thanx..maaf bz cket

sofia:azam nk jadi tinggi xde dlm snarai

fara:bleh wt mkn x??huhu

Related Posts with Thumbnails