21 Ogos 2010

Apo kes?:31 Ogos Bakal Menjelma

Sedar atau tidak,bulan 8 telah pun menghampiri ke hujungnya.Bagi sesiapa rakyat Malaysia yang kadang-kadang terkeliru sama ada dalam 1 bulan itu ada berapa hari,sama ada 30,31 mahupun 28 hari pasti tidak akan terlupa bahawa bulan Ogos ada 31 hari kerana menjelang 31 Ogos merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh rakyat di mana Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada tarikh keramat tersebut.Dan sudah pastinya,pada tahun ini Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 setelah berjaya menuntut kemerdekaan pada 1957.

Tetapi tahun ini aku berasa kekurangan terhadap sambutan Bulan Kemerdekaan.Kurangnya bendera yang dikibarkan di kereta mahupun rumah dan bangunan-bangunan,kurang juga aktiviti yang dianjurkan sebagai persediaan malah kurangnya promosi di mana-mana tidak kira media mahupun mana-mana badan yang bertanggungjawab.Setelah membuat rumusan sendiri,aku menyimpulkan terdapat beberapa punca yang membuatkan kes-kes tersebut berlaku,antaranya:
  1. Bulan puasa telah bermula sejak seminggu lalu.Jadi aktiviti-aktivit di bulan puasa diutamakan
  2. Media massa sedang giat untuk menyedarkan masyarakat tentang gejala buang bayi dan yang seangkatan dengannya.
  3. Aku sendiri yang ibarat katak di bawah tempurung.Tak reti-reti hendak melihat dunia luar.Terperap dalam universiti.

Yang ketiga itu memang kena dekat batang hidung sendiri.Mana taknya,asyik duduk dalam universiti sahaja.Mana aku tahu apa yang jadi dekat luar.Hendak tengok televisyen atau dengar radio pun jarang-jarang.Memang diri sendiri yang perlu disalahkan kerana tiada inisiatif yang mahu diambil.Tidak boleh menyalahkan orang lain.Semangat kemerdekaan itu semakin pudar dalam diri aku.Kena berubah sedikitlah macam ini.Takkan hendak jadi katak bawah tempurung kot.Kalau dulu masa dekat sekolah,masuk pancaragam dapatlah merasa sambut Merdeka dekat Seremban.Aku main alat yang mudah sahaja.Boleh duduk rileks sambil menghayati kemerdekaan.Orang lain yang penat-penat kena main alat-alat tiupan dan drum semua bagai uh.Sekarang dah tak merasa lah.Bagi menyemarakkan semula semangat kemerdekaan dalam diri aku,aku nak layan lagu Tanggal 31 Ogos dan juga mana-mana sajak atau puisi yang berkaitan dengan kemerdekaan.




Yang ini aku try buat sendiri.Sama dengan yang Mamat Jiwang,buat sendiri juga.

Mat rempit berlagak macam raja
Buang bayi merata-rata
Gejala sosial makin berleluasa
Inikah sebuah negara merdeka

Di manakah letaknya fikiran mereka
Di lututkah di kepalakah atau sebenarnya tiada
Mentang-mentang negara merdeka
Fikir mereka bebas melakukan apa sahaja

Ya,memang kita semua sudah merdeka
Bebas dari penjajah lahanat bangsa
Namun itu sekadar luarannya
Masih ramai yang belum merdeka

Pemuda pemudi harapan bangsa
Buka mata buka telinga
Ini nasihat untuk semua
Kembalikan semula negara merdeka

P/S:Semangat hendak tengok orang mereka cipta baju sempena kemerdekaan ataupun menghiasi kereta,bukannya tengok model separuh bogel balut badan dengan bendera Malaysia.  

4 komen:

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

aku tak ingat pasal merdeka pon!
aku ingat nak raya jek!
lalalalala

Nurhidayah Erlyna~ berkata... [Thanx komen]

buyat...
next entri...
cite la pasal kenangan time raye mase kecik2 dulu...
hehe~

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@reen_sofee

hahaha duit raya xmou bagi

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

@Nurhidayah Erlyna~

hahaha den da tunaikan hasrat ko da

Related Posts with Thumbnails