01 Julai 2010

Apo kes?:Rambut Sama Hitam Hati Lain-Lain

Rambut sama hitam hati lain-lain dalam erti kata mudah lain orang lain pendapatnya.Bila timbul sesuatu isu,maka ramailah yang akan menyuarakan pendapat masing-masing.Sebagai contoh isu mutu pengadilan bola sepak,isu PPSMI yang telah selesai,dan isu pemberian lesen judi.Tetapi isu pemberian lesen judi tidak bolehlah hendak diluahkan pendapat secara membuta tuli.Mestilah bertindak mengikut hukum yang telah ditetapkan.Syukur alhamdulilllah telah pun selesai dengan kerajaan telah mengambil kira pandangan masyarakat serta bijak pandai dalam ilmu agama dan membatalkan pemberian lesen judi tersebut.Secara dasarnya,sesuatu isu yang timbul perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dan mempertimbangkan kerana nyata pandangan berbeza dari berlainan pihak amat diperlukan bagi mengkaji sesuatu isu itu.

Minggu lepas dua isu yang sangat mengejutkan aku berlaku.Isu yang membuatkan ramai pihak menyuarakan pendapat masing-masing.Ada yang bersetuju dengan langkah tersebut dan ada yang memberi reaksi negatif.Tentu semua sudah maklum dengan isu hangat yang berlaku pada minggu lepas.Seperti biasa,Muhayat Ajwad akan melakukan edisi Apo kes? dengan agak lewat.

Pagi Isnin yang lepas,ketika sedang melakukan sesi berjalan-jalan di alam maya,aku tertarik dengan satu artikel yang menyatakan "Penjara Pudu akan dirobohkan malam ini".Maaf tidak dapat menglink kan kepada blog tersebut kerana aku sudah lupa blognya.Oleh kerana tidak percaya bahawa Penjara Pudu akan dirobohkan,aku terus membaca artikel tersebut.Dan keesokan harinya pula,ramai blogger mula menceritakan tentang runtuhnya penjara pudu malah ada sesetengah blogger yang berjaya mengambil gambar ketika proses meruntuhkan penjara tersebut berlaku.Tinjauan secara sendiri oleh aku mendapati sebahagian Penjara Pudu yang berhampiran dengan jalan telah dirobohkan.

Akhbar Utusan Malaysia(Rabu 23 Jun 2010) melaporkan Timbalan Menteri Kewangan,Datuk Dr Awang Adek menegaskan kerajaan telah membuat keputusan bahawa tapak Penjara Pudu bukanlah tapak warisan lalu penjara beusia 115 tahun tersebut akan dirobohkan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada projek Bukit Bintang City Centre(BBCC) yang bakal dimajukan oleh UDA Holdings Berhad.Isu perobohan ini ternyata membuatkan orang ramai mengeluarkan pendapat masing-masing.Sesetengah pihak membantah perobohan ini dan menyatakan ia patut dijadikan tapak warisan manakala ada yang bersetuju untuk kemajuan dan tidak kurang juga yang mengharapkan agar cuma sebahagian sahaja yang dirobohkan dan sebahagian lagi dikekalkan sebagai tanda peringatan.

Pendapat aku:Tiada lagi kesayuan apabila melalui jalan tersebut untuk pulang ke kampung halaman menaiki bas.Juga tiada lagi tempat pembuangan sampah di hadapan Penjara Pudu(menara tinjau rasanya) yang dibersihkan oleh krew perfileman filem Setem yang perlu mengambil shot di menara tersebut.Adakah Times Square akan tercabar?Makin sesaklah jalan di sana.

Bagi institusi pendidikan pula,mereka dikejutkan dengan isu peperiksaan UPSR dan PMR bakal dimansuhkan.Isu yang masih dalam peringkat pembincangan ini ternyata menarik minat media,guru,ibu bapa dan badan bukan kerajaan(NGO).Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mencadangkan pemansuhan UPSR dan PMR dan menggantikannya dengan sistem pentaksiran berasaskan sekolah(SBA).Menurutnya lagi,pemansuhana tersebut akan mengubah sistem pendididkan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga gagal melahirkan insan serba boleh.
Pendapat yang berlainan juga telah diutarakan bagi isu ini.Ada yang bersetuju,ada yang membantah dan tidak kurang juga yang mencadangkan agar PMR dimansuhkan sementara UPSR diteruskan kerana pelajar sekolah menengah masih ada peperiksaan SPM Justeru,pandangan dan maklum balas dari semua pihak perlu diambil kira bagi membolehkan kementerian melakukan rundingan meja bulat sebelum memutuskan apa yang terbaik bagi institusi pendidikan negara.

Pendapat aku:Berilah maklum balas yang bernas,bukan mengikut emosi semata-mata dan janganlah dipolitikkan isu ini.Ingatlah,pelajaran anak-anak terletak di tangan masing-masing.Setuju bahawa sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan peperiksaan.Hehe.

5 komen:

fndrocka berkata... [Thanx komen]

aku setuju sistem kita terlalu berorientasikan peperiksaan.tapi tak yakin pembubaran upsr dan PMR akan membantu..salah satu mungkin boleh..tapi kalau bubar dua-dua..perghh..rasa cam nak pergi sekolah balik..

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

ooo aku taw isu pmr ngan upsr tuh jek.
kecoh gak kat sini isu tuh!
huhuhuh
asal nak bubar kan sume nye neh??
ish!
mana kualiti student kite nanti?

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

fndrocka:agak la..kalau bubar sume,rase nak g skolah je..mane ada exam kn

reen:hehehe dorang kate kalau asyik2 exam,t orang asyik blaja untuk exam je..bukan 4 masa future

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

emmm pasal penjara pudu tu hana tengok berita sapa ntah cakap yang penjara t tak mendatangkan apa2 nilai sejarah pon pada malaysia so elok lah dirobohkan. bila pikir2 balik betol gak tu.

Pasal sistem peperiksaan, bagi Hana PMR tu elok lah dimansuhkan. Sebab Hana dulu PMR result tak bape nak 'good2'. Benci PMR!. hahaha :p

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

hehehe ntahlah..ada yg kate penjara pudu tu warisan tapi sebab pe xnak jage..terbiar je..patotla dirobohkan..kalau btol nk jadikan warisan,jaga dari dulu lg..bukan time nk roboh nk ungkit isu warisan


hahaha so UPSR dan SPM mesti 'good2' kn coz benci PMR je

Related Posts with Thumbnails