03 Julai 2010

Apo kes?:Duduk sebelah artis

Aku jakun sikit kalau jumpa orang popular ini.Almaklumlah.Orang kampung yang kurang biasa ke bandar.Jadi bila terjumpa artis atau orang popular depan mata,aku akan menjadi excited.Hendak tahu macam mana aku excited?Tanya Shashya Sweet Gal.Aku pernah bergambar dengan Tan Sri Yusof Noor.Tak kenal Tan Sri Yusof Noor?Anda bukan orang FELDA.Tan Sri Yusof Noor merupakan pengerusi FELDA.Tidak percaya aku pernah bergambar dengan beliau?Jom usha.



Ini bukti aku jumpa Tan Sri Yusof Noor.Aku memang cukup bangga dan terharu sebab dapat bergambar dengan orang seperti beliau.Orang yang cukup disanjungi.Selain Tan Sri Yusof Noor,aku juga pernah duduk di sebelah artis.Pada mulanya aku sendiri tidak perasan bahawa orang yang duduk di sebelah aku itu artis.

Kisahnya begini.Ketika perlawanan Portugal-Brazil,aku menumpang di rumah abang sulung Hadi yang berhampiran dengan Bukit Antarabangsa.Malangnya,abang Hadi tidak memilih saluran sukan sebaliknya memilih rancangan seperti HBO dan Star Movies.Tepat pukul sembilan malam,Hadi pula memilih untuk menonton filem Hindustan, Om Shanti Om lakonan Shah Rukh Khan sambil menceritakan sinopsis cerita tersebut.Pada mulanya aku mahu melayan sahaja cerita tersebut mengenangkan Hadi seperti beria-ia mahu menonton filem Hindustan tersebut.Namun setelah berkali-kali diulang sinopsis,aku menganggak Hadi telah pun menonton filem itu berkali-kali lalu aku mengajak Hadi ke kedai makan.

Hadi lalu membawa aku di sebuah kedai makan di kawasan Bukit Antarabangsa untuk menjamu selera sambil menonton bola.Seperti dijangka,perlawanan tumpuan pasti menarik ramai peminat untuk melepak di kedai makan.Memandangkan kedai makan tersebut seakan-akan penuh,kami mencari ruang kosong lalu ternampak satu meja kosong yang bercantum dengan meja sebelah tetapi meja sebelah itu telah diduduki dua orang pemuda.Kami lalu memohon izin untuk duduk di meja kosong tersebut.

Tidak lama kemudian,seorang lelaki datang.Rupanya sahabat kepada 2 lelaki tersebut.Aku mengamati lelaki yang datang itu kerana dia duduk betul di sebelah aku."Macam kenal",bisik hati kecilku.Dengan perasaan ingin tahu aku bertanya kepada Hadi siapakah orang di sebelahku ini.Jawapan ringkas yang diberikan oleh Hadi.ARTIS RTM.Tumpuan ku tidak lagi fokus kepada perlawanan Portugal-Brazil.Oleh kerana artis tersebut duduk betul di sebelahku,aku boleh dengar sedikit sebanyak perbualan dengan dua rakannya yang aku agak adalah krew penggambaran.Tentang prop,set tempat lakonan dan juga yang menarik perhatianku,artis tersebut menyebut nama Rosyam.

Antara dengar atau tidak,aku mendengar "satu kaki baru dapat RM**(bawah 100).Kalau lima kaki keluar beribu-ribu,macam mana."Pelik betul aku dengar benda-benda sebegini.Bukan aku tidak biasa dengan istilah sebegini.Aku tahu tetapi untuk bertanya lebih lanjut mustahil untuk aku lakukan kerana aku cuma curi-curi dengar.Tanda tanya aku akhirnya berakhir apabila pada hari Ahad,rancangan Diva@1 27 Jun 2010 menemubual Rosyam Nor tentang isu Rosyam Penipu? dan turut keluar di akhbar Pancaindera Mingguan Malaysia(27 Jun 2010) satu muka penuh bertajuk "Saya tidak kebal lagi-Rosyam".Setelah difahami,rupanya ada dakwaan Rosyam menipu ahli melalui syarikat jualan langsung(MLM), Rosyam Nor Group(RNG) dan Rosyam telah pun tampil memberi kenyataan.

Dalam hal ini siapa salah siapa benar,aku tidak tahu.Tetapi sebelum anda hendak memberikan pendapat anda,sila fahami erti jualan langsung itu sendiri.Jangan main hentam semborono.Aku sendiri pernah melibatkan diri dalam jualan langsung ini tetapi ketika itu aku masih setahun jagung,tidak memahami apa itu MLM dan setelah beberapa lama,baru aku sedar bahawa aku tidak sesuai untuk melibatkan diri dalam jualan langsung ini serta aku tidak menyalahkan syarikat jualan langsung tersebut atas kedaifan ilmu aku.Sebelum dengan sewenang-wenangnya memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap syarikat jualan langsung,seperti yang aku ungkapkan tadi sila fahami apa itu jualan langsung jika anda mahu melibatkan diri dengan jualan langsung.

6 komen:

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

MLM?
heh!

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

hahaha kenape reen?

NARDtheNERD berkata... [Thanx komen]

borink ah artis ni.
diorang perasan.
hehe.

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

ehh artis yang booyat dok sebelah dia tu sape???

hmmm MLM MLM..orang yang betol2 fokus dengan menda tu je yang boleh pergi jauh. huhu. Apa2 pon jangan lah taksub sangat dengan MLM ni.

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

ntah la anne..tak tau nama tp tau muke je...

hehehe btol2..kalau rajin bolehla..kalau xrajin xpayahla...

yieyaw berkata... [Thanx komen]

jakun jakung

Related Posts with Thumbnails