Hari ini den nak menceritokan kesengalan yang den tolah lakukan dokek blog den ni.Maaflah guno loghat nogori.Den bukannyo pandai sangat pun dongan IT sumo ni.Buek blog ni pun den suko-suko yo.Itulah pasal entri den sikit bebonar walaupun dah berusio lobih setahun.Huhuhu.Blog ni pun orang yang tolong buek an.Itu yang namo eh polik jo.Bebola Tomato.Eden Bebola Buyat.Nak dijadikan cerito,den ni gomar la ikut orang.Orang buek bondo tu,den pun buek bondo yang samo.Orang pasang shoutmix,den pun jakunlah pasang shoutmix.Orang lotak nuffnang,den pun terhegeh-hegeh lotak iklan nuffnang.Yang terbaru,ado wawwi pulak.Den pun apo laie,dengan kepantasan siput babi den lotak wawwi gak.
Den tukar balik loghat asal.Hendak dijadikan cerita,aku ni totally zero pasal nuffnang masa aku letak iklan nuffnang.Aku tengok orang letak,aku pun letaklah.Masa tu dengar-dengar cerita orang sahaja.Kalau kita letak iklan nuffnang,kalau ada orang singgah dan tekan,kita dapatlah sedikit rezeki.Aku pun apa lagi.Bab-bab duit ni memang aku laju sahaja.Kawan-kawan yang rapat selalu bertanya,"Nuffnang tu apa benda weh?Aku tengok hampir semua blog ada nuffnang.""Blog ko ada nuffnang kan.Dapat banyak tak?Macam mana nak buat eh?"Jawapan aku untuk semua soalan itu."Entahlah.Aku pun tak tahu.Aku tahu letak je."Antara yang bertanya pasal nuffnang adalah Hadi(tiada blog),Anis(baru pasang nuffnang) dan Ninie(sedang memikirkan nak pasang ke tidak).Ninie tanya aku sebab dia hairan kenapa orang datang dekat blog dia tiba-tiba taip perkataan macam ni dekat shoutmix dia,"da klik".Aku pernah perasan juga dan aku cuma gelak guling-guling sahaja sebab setahu aku,Ninie mana pernah pasang iklan apa-apa.Entah apa jugalah yang orang tu klik.Mungkin orang tu klik entri Ninie kot.Fikir positif ye kawan-kawan.
Dulu,masa aku duduk belajar dekat UIA aku tak rajin sangat nak berblogwalking ni.Yelah,time tu yang aku tahu aku ada blog sahaja.Bila dah cuti panjang ni barulah aku rajin nak pergi ziarah sana sini.Masa aku ziarah-ziarah tu,ada la juga aku baca-baca tutorial ke info pasal nuffnang ke yang aku praktikkan untuk kemudahan aku.Hendak bertanya segan sebab kadang-kadang ada yang buat ayat macam ni dalam info mereka."Rasanya semua blogger sudah tahu tetapi masih ada lagi yang samar-samar,jadi aku up kan entri ini untuk kemudahan mereka".Lepas tu ada pulak tukang komen menyetujui,"Entahnya,pergilah cari kat Google ke apa ke.Semua nak kena suap je."Jadi aku pun mengambil keputusan baca senyap-senyap je.Huhu.Yang aku ingat aku pernah tanya direct adalah Kak Dahlia,Blabberina dan Bella.Yang lain kalau ada minta maaf lah.Manusia mudah lupa.Yang tegur untuk improvement pula Kak Nana,Brain dan Fieka.
Dahulu aku tidak tahu pasal buffered earning,pendapatan terumpuk,metered earning semua tu.Yang aku tahu ada iklan sahaja dekat blog aku.Kemudian bila aku blogwalking,rupa-rupanya sesiapa yang ada pasang nuffnang mengharapkan buffered earning.Aku tidak tahu buffered earning tu apa.Kadang-kadang ada blogger bagi gambar buffered earning mereka,dan yang menghairankan aku bawah buffered earning mereka adalah campaign.Aku cuba check akaun nuffnang aku pula,menggaru-garu kepala aku bila melihat yang aku punya adalah metered earning dan bawahnya adalah campaign.Kenapa aku punya tidak sama dengan mereka.Bila dikaji-kaji,rupanya aku yang kurang pandai.Setelah melihat entri Kak Dahlia,barulah aku faham apa itu buffered earning dan metered earning.
Rupa-rupanya,lepas buffered habis,ia akan bertukar menjadi metered earning.Orang semua mengejar buffered earning,aku boleh tak perasan aku dah dapat buffered sebenarnya.Boleh buat tak tahu sahaja.Padan lah muka.Rugi sahaja dapat buffered.Empat pulak tu.Buffered ni rasanya semasa event perhimpunan blogger tu.Aku yang tak ambil tahu.Jadilah aku menangis tak berlagu.

19 komen:
Tahniah bro...minggu ni nuffnang memang baik hati...
muahaha..cmne ley x prasan lak..
remedy: hahah ni yg lame nye..da hbh da pun buffered nye..
sarah: dulu xtau pape..bukak nuffnang cek duet je..muahahaha
heh!
sumpah laa aku tak paham!
aku tang teknologi maklumat neh memang lembab!
hurm~~ banyak buffer tu..
congrates~~ :)
reen: kite serupa la~~~
kak nana: hahah banyak tapi time tu xtau pape..leh wt dunno je
err..aku act,aku p0n minat gak ngan nuffnang ni..
tp aku confused byk mende pasal ni..
so,aku x wat la..
perghhh byk tu...xpe lom telambat lg...skg truskan usha up trafik k...godluck
femes aku..tocey3..=)
takper, ni dah tahu ni okeylah kan..
lepas ni kalo nampak iklan lain macam je keluar sini, esoknya check akaun Nuffnang...kalo betul buff, bg suap trafik banyak ya..
Terima kasih sebab sebut nama sis dua kali..hehehee bangga ni...heheh
wahhhh.. sampai 4 buff.. tahniah2!
jom nuff..nuff!
aku still x paam...buyat..i need more explanation please :)
wah tahniah lah...den jeles org dpt buffered2 earning neh.. den x ponah dapay. haih sob sob sob.
p/s:esok hana umumkan sape dapat iklan free. tengok eyh nanti? :)
Tak layak ajar org rasenyer aku...tapi nak cacap gak...tak silap kalau nak dapat Buffer....tiap arie org yg lawat blog kite mesti 100 ke atas...maintainkan figure nie tiap2 arie....cubelah kawan2!
dah follow blog ni,,hope follow me back.. if done, thanks so much to you..taataa
bangge giler dpt buffersd earnings.. :(
alaa..
rugi nye buyat tak perasan buffered.
kalau tak boleh dapat juta juta dah tu.
hahahaha~
hik..memang tak tanya..tak dapek do..
Catat Ulasan