28 Jun 2010

Apo kes?:Baru nak bercerita pasal penutup Sukma

Sukan Malaysia(Sukma) XIII,Melaka 2010 dengan secara rasminya telah pun ditutup pada Sabtu 19/6/2010 tetapi aku dengan secara rasminya baru hendak menaip tentang ini pada Isnin 28/6/2010.Kalau lambat dua hari tidak mengapalah.Ini sudah satu hari 2 minggu.Kelakar sahaja rasanya.Terengganu pun sudah selesai bercuti semalam setelah diberi cuti khas oleh Menteri Besar Terengganu,Dato' Ahmad Said hasil kejayaan menjuarai Sukma XIII di Melaka.Tetapi aku tetap ingin bercerita tentang penutup Sukma kerana ada perkara menarik yang ingin aku ceritakan.


Setelah 14 hari kejohanan berlangsung,kesemua 437 pingat emas,432 pingat perak dan 541 pingat gangsa dan keseluruhan 1410 pingat yang ditawarkan telah pun dibolot oleh kontinjen-kontinjen setaip negeri termasuklah kontinjen jemputan,Brunei Darul Salam.Akhirnya,Terengganu berjaya membuktikan bahawa mereka bukanlah jaguh kampung kerana di hari-hari terakhir kejohanan,mereka berjaya memintas Wilayah Persekutuan dan Selangor dengan kutipan pingat 47 emas,30 perak dan 43 gangsa menjadikan keseluruhan 120 pingat mengatasi kontinjen Selangor dan Wilayah Persekutuan yang hanya mampu memperoleh 43 pingat emas.Persaingan sengit pula berlaku di antara Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk merebut tempat kedua yang akhirnya dimenangi oleh kontinjen Selangor kerana kelebihan 43 pingat perak berbanding Wilayah Persekutuan,42 pingat Perak.

Dalam satu-satu kejohanan,raja dan ratu pecut tentunya gelaran yang dicari-cari oleh semua atlet yang menyertai acara 100m.Raja pecut bagi kejohanan Sukma kali ini jatuh kepada atlet Wilayah Persekutuan,Syed Aliff dengan kepantasan 10.71saat jauh ketinggalan berbanding catatan rekod Sukma yang dilakukan oleh bekas raja pecut negara,Watson Nyambek iaitu 10.33saat di Sukma Pahang 1996.Nurul Sarah pula menceriakan tuan rumah apabila berjaya menjadi ratu pecut Sukma dengan catatan 12.04saat bagi mengelakkan atlet Johor menjadi ratu Sukma untuk kali ini setelah Siti Fatimah Mohd Said dari Johor berjaya mencatatkan rekod Sukma 11.82saat pada temasya yang lepas.

Kejayaan berganda diperoleh kontinjen Wilayah Persekutuan dan Melaka apabila atlet mereka turut terpilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma XIII.J. Karthik ternyata mampu membuatkan peminat tuan rumah yang hadir ke majlis penutupan tersenyum bangga apabila diumumkan sebagai Olahragawan setelah kejayaan beliau memenangi pingat emas 3000m berhalangan,10000m dan 5000m mengatasi kejayaan beliau dua tahun lalu iaitu sekadar gangsa bagi acara 10000m dan 5000m.Lebih manis,J.Karthik berjaya memecahkan rekod kejohanan bagi 3000m berhalangan.Olahragawati Sukma juga tidak kurang hebatnya.Mewakili Wilayah Persekutuan,Chan Kah Yan ternyata berjaya dalam percubaan keempatnya bagi temasya Sukma.Setelah pulang hampa bagi 3 edisi terdahulu,Kah Yan tidak mahu lagi menoleh ke belakang apabila berjaya menggondol tujuh pingat emas dalam acara renang(100m gaya bebas,4x100m rampaian, 200m gaya bebas, 200m kuak lentang, 200m rampaian perseorangan, 800m gaya bebas, 100m kuak lentang, 4x100m gaya bebas and 50m kuak lentang).

Acara bola sepak juga merupakan acara terbesar dalam satu-satu kejohanan.Sukan popular ini mampu memberi pengaruh besar dalam setiap kejohanan sehinggakan ada yang melabelkan juara bola sepak seolah-olah telah menjuarai kejohanan tersebut.Ternyata,Terengganu tidak mahu melepaskan gelaran tersebut dan membuktikan mereka sebagai kuasa dalam mengembangkan bakat-bakat muda bola sepak apabila turut memperoleh pingat emas dalam bola sepak mengetepikan cabaran Selangor di final dengan kejayaan 1-0.Menariknya,Terengganu telah berjaya mempertahankan kejayaan mereka buat kali ketiga berturut-turut setelah sebelum ini mereka berjaya menewaskan cabaran skuad Kedah dan Perlis.

Melaka telah menyempurnakan tugas mereka selaku tuan rumah Sukma XII menyaksikan 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan berjaya dipecahkan.Ternyata,atlet-atlet muda ini mampu menghasilkan sesuatu jika didedahkan dengan kejohanan seperti ini.Lihat sahaja atlet-atlet yang pernah menyertai Temasya Sukma seperti Nicol Ann David,Watson Nyambek serta Daniel Bego.Pahang bakal mengambil alih tugas Melaka selaku tuan rumah temasya Sukma XIIII pada tahun 2012.Diharapkan temasya Sukma mampu terus-menerus menghasilkan atlet bagi mengharumkan nama negara.

credit


P/S:Khabarnya,temasya dwitahunan ini akan dilangsungkan setahun sekali selepas ini tetapi aku masih tidak dapat memastikan kebenarannya sebab kurang baca akhbar.Ada sesiapa yang boleh tolong menjawab persoalan tersebut?

9 komen:

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

alaa..better late than never. heheh :)

p/s : jom baca kisah mentor and kisah kawan Anne Boleyn dituduh merogol.. huhu

jaya jr berkata... [Thanx komen]

terengganu cuti ahad lepas menang sukma.haha

reen_sofee berkata... [Thanx komen]

perak?
weh syed aliff tuh hensem tak?
hahahaha

buyat(bebola tomato) berkata... [Thanx komen]

anne:thanx 4 supporting...

jaya jr:ko ari2 cuti..hahaha

reen:dak gatal..hahah nah tgk ensem tak
http://www.sukma2010.com.my/b15_syed_jun.aspx

heart~ berkata... [Thanx komen]

tp ramai yg abaikn sukma sbb world cup..huhu


jom usha2 my blog pulak

Nur Su'aidah berkata... [Thanx komen]

sukma dah abes ek?? ekrkkkk!

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

p/s : tau kan yang awak dapat iklan free 10 hari?? Nak buat sendiri ker or nak hana wat kan banner? boleh submit dah kat hana banner untuk iklan free 10 hari tu. cek my latest entry kay :)

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

emel kan kat hana ape gambar yg awk nk letak dlm banner tu. maximum 2 gmbar je tau. email kat cni :

nh.hana@gmail.com

Anne Boleyn berkata... [Thanx komen]

emel yg hana bg td salah la.. ni yang betul :

nh.hana0610@gmail.com

sorry...

Related Posts with Thumbnails