Skuad bola sepak lelaki negara yang bakal bermain di Sukan SEA Laos tidak banyak dipandang berat oleh beberapa pihak kerana kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam kejohanan sebelum ini.Malah,tidak ramai yang yakin Malaysia akan melepasi peringkat separuh akhir apabila melihatkan lawan yang ditemui mereka dalam peringkat kumpulan.Namun bagi FAM,mereka tetap menyasarkan sasaran ke separuh akhir dan sebarang pingat merupakan satu bonus bagi mereka walaupun jurulatih negara K.Ragajobal meminta tiga tahun untuk memantapkan pasukan.Tambahan pula,keputusan yang memberangsangkan kebelakangan ini seolah-olah memberi petanda kepada rakyat bahawa ada sesuatu yang bakal dibawa pulang oleh skuad bawah 23 tahun negara.Bermula dari keputusan perlawanan menentang Manchester United,perlawanan-perlawanan persahabatan dan kejohanan yang disertai skuad negara menunjukkan peningkatan.Malahan sokongan dan keyakinan yang ditagih oleh skuad negara secara perlahan-lahan telah pun mula naik.Walaupun ramai yang tidak yakin,keyakinan dari sesetengah pihak sudah memadai bagi skuad negara membalas kepercayaan mereka.Bagi yang member sokongan tidak berbelah bagi,teruskan sokongan anda.Doa dan sokongan kita diperlukan oleh skuad negara untuk membuktikan sesuatu.Bagi yang masih ragu-ragu,teruskanlah dengan EPL anda,diharap suatu hari nanti anda akan membuka mata.
Senarai barisan pasukan bawah 23 tahun negara:
Mohd Farizal Marlias, Mohd Sharbinee Allawee, Sabre Mat Abu, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Omar, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azmi Muslim, Mazlizam Mohamad, Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K Gurusamy, S Kunanlan, Amirulhadi Zainal, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Manaf Mamat.
Kecederaan yang dialami memaksa K.Rajagobal tidak menyenaraikan Khyryll Muhymeen manakala isu disiplin punca Razali Umar Kandasamy digugurkan.Ternyata K.Rajagobal hanya mahukan yang terbaik bagi skuad Malaysia.
GROUP A
MALAYSIA,Thailand,Kemboja,Timor Leste,Vietnam
GROUP B
Laos(Tuan rumah),Indonesia,Singapura,Myanmar
Bagi aku,aku merasakan yang pasukan yang layak dari Group A peluang lebih kepada Thailand,Vietnam,dan Malaysia,Sebagai seorang peminat bola sepak tanah air mestilah aku mengharapkan kejayan dari pasukan Malaysia.Jadi ak menganggap pasukan yang bakal layak ke separuh akhir adalahThailand dan Malaysia memandangkan Thailand sebuah pasukan yang kuat dan merupakan juara bertahan.Bagi Group B pula,mungkin sekali Indonesia dan Singapura di mana Myanmar mungkin boleh menjadi pengacua dalam kumpulan itu.Bukan niat untuk merendahkan keupayaan lain tapi persepsi masing-masing la kan.Kita boleh sahaja membuat andaian dan sama-sama saksikan andaian aku betul atau tidak.Huuuuuuuuuuuuu.
Perlawanan pertama:MALAYSIA vs Timor Leste
Prematch komen:Sebuah pasukan kerdil yang bakal ditentang.Perlu mencatat kejayaan demi menambah keyakinan sebelum bertemu gergasi ASEAN yang lain namun tidak boleh dipandang rendah.Mengharapkan RTM atau ASTRO SuperSport menyiarkan siaran langsung bagi membolehkan rakyat menonton pasukan Malaysia walaupun cuma menghadapi pasukan kerdil.Malah ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia akan memulakan saingan bola sepak mengembalikan maruah negara dalam Sukan SEA.Ternyata,kurangnya promosi dari pihak media.Di manakah silapnya?
Keputusan:Malaysia 11-0 Timor Leste
Jaringan:Ahmad Fakri Saarani-3
Norshahrul Idlan Talaha-2
Zaquan Adha Abd Razak-1
Badrol Bakhtiar-1
Amirulhadi Zainal-1
Amar Rohidan-1
Safiq Rahim-1
Aidil Zafuan Abd Razak-1
Postmatch komen:Tiada ssiaran langsung agak mengecewakan.Rupa-rupanya RTM memang tidak buat liputan seperti kebiasaan kerana kos yang mahal."Tidak mahu membazirkan wang rakyat,"kata mereka.Senyum sahajalah.Namun,kejayaan besar ini ternyata membuatkan semangat pasukan Malaysia terus membara namun tidak boleh terlalu dibanggakan.Terasa sakit hati apabila ramai yang mempertikaikan kebolehan skuad negara."Setakat lawan Timor Leste wtpe?" dan "Timor Leste?Ape 2?" antara soalan yang diajukan oleh sesetengah rakan kerana masih mempertikaikan kebolehan Malaysia.Tidak mengapalah.Jawapan aku mudah sahaja."Manchester,Chelsea,Arsenal,Liverpool,Tottenham,Manchester City menang lawan pasukan kerdil 1-0 pun korang duk bising hu ha hu ha bak ayam bertelur sebiji riuh sekampung,apa kes?"
Perlawanan kedua:MALAYSIA-Vietnam
Prematch komen:Banyak kali Malaysia telah dikecewakan oleh Vietnam termasuk Sukan SEA yang lalu.Diharap kali ini Malaysia mampu untuk memberikan tentangan kepadan Vietnam dan mencatatkan kemenangan.Kekalahan lalu tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi menentukan perlawanan kali ini.
Keputusan:MALAYSIA 1-3 Vietnam
Jaringan:Gol sendiri
Postmatch:Kecewa dan sedih.Itu yang dapat digambarkan.Emosi menguasai pemain apabila tidak dapat menerima keputusan pengadil yang dikatakan berat sebelah sehingga menyebabkan beberapa pemain menyerang pengadil selepas perlawanan termasuk Zaquan Adha.Zaquan yang direhatkan kerana kecederaan mata terpaksa juga dimasukkan di babak kedua bagi membantu serangan yang longgar.Walaupun mampu menghasilkan 1 gol,nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila tewas 1-3.Lebih perit,Zaquan diberikan dua kad kuning lantas menerima kad merah di akhir perlawanan.Tiba-tiba sahaja isu menyerang pengadil menjadi hangat.Pegawai-pegawai Malaysia mula menghentam pemain yang dilihat tidak mampu mengawal emosi.Seharusnya,mereka menasihati pemain dan bukannya terus menjatuhkan semangat mereka.Hairan sekali apabila mereka cuma bersuara ketika kejadian ini berlaku.Sebelum ini,mereka entah wujud ataupun tidak.
Perlawanan ketiga:MALAYSIA vs Kemboja
Prematch komen:Diharapkan pemain-pemain dapat melupakan insiden menentang Vietnam walaupun terdapat beberapa pemain yang digantung kerana insiden tersebut.Perlawanan ini tidak mudah kerana masing-masing masih berpeluang untuk melayakkan diri jika mampu menjelmakan sesuatu.
Keputusan:MALAYSIA 4-0 Kemmboja
Jaringan:Abdul Manaf Mamat-1
NorShahrul Idlan Talaha-1
S.Kunanlan-1
Safiq Rahim-1
Postmatch komen:Pemain berjaya bangkit dari kesilapan menentang Vietnam bagi membenam Kemboja.Walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak,ternyata Malaysia masih mempunyai pemain lain untuk mencipta kejayaan.Antara nama yang menjadi tumpuan adalah Sharbinee Alawi yang menggantikan Farizal Marlias kerana digantung perlawanan akibat menyerang pengadil.Aksi-aksi menarik termasuk menyelamatkan sepakan penalti membuktikan dia layak memang layak dipanggil mewakili skuad negara dan mengetepikan Syed Adney.
Perlawanan keempat:MALAYSIA vs Thailand
Prematch komen:Mengharapkan keajaiban dari pemain yang perlu menewaskan Thailand bagi meneruskan hajat ke separuh akhir.Seri atau tewas bermakna selamat tinggal kepada Malaysia.Thailand yang gah sebagai gergasi ASEAN pastinya mahu meneruskan kejayaan tidak pernah gagal ke separuh akhir selama 36 tahun.Namun,masih ramai yang ragu-ragu mampukah Malaysia menewaskan Thailand dan ada yang mengkritik Malaysia tidak akan berjaya.
Keputusan:MALAYSIA 2-1 Thailand
Penjaring:Nasriq Baharom-1
Ahmad Fakri Saarani-1
Postmatch komen:Debaran menunggu keputusan perlawanan terhenti apabila mengetahui Malaysia berjaya menewaskan Thailand.Keputusan yang berjaya menutup mulut beberapa pengkritik yang ragu-ragu dengan kebolehan skuad negara.Lebih manis,Malaysia berjaya menumbangkan juara bertahan dan mencalarkan rekod bersih Thailand selama 36 tahun ke separuh akhir.Sekali lagi hairan apabila yang keras mengkritik skuad negara ketika bertem Vietnam tidak memunculkan diri.
Separuh akhir:MALAYSIA vs Laos
Prematch komen:Ramai yang sebelum ini tidak memberikan tumpuan kepada skuad Malaysia mula beralih angin.Dah mula pasang angan-angan ke separuh akhir.Kementerian berkaitan dan RTM juga mula membuka mata untuk menyiarkan siaran langsung.Mungkin memandang mudah kepada Laos agaknya.Sejak kejadian memalukan 1997,Malaysia masih belum tewas kepada Laos.Namun harus diingat.Laos yang tidak diberi perhatian pada mulanya menjelmakan kejutan pabila menewaskan Indonesia dan seri ke atas Singapura serta Myanmar yang membolehkan mereka menjuarai kumpulan seterusnya layak ke separuh akhir.Mereka juga bakal dibantu oleh sokongan padu dari rakyat mereka selaku tuan rumah.
Keputusan:MALAYSIA 3-1 Laos
Penjaring:Baddrol Bakhtiar-2
Safiq Rahim-1
Postmatch komen:Malaysia berjaya mengelakkan aib dan memberi kemenangan berharga kepada negara.Siaran langsung melalui RTM 2 juga memberi kepuasan kepada rakyat.Malaysia lebih menguasai perlawanan walaupun pada 1 ketika agak tertekan.Kehadiran ribuan penonton tidak menjejaskan apa-apa kerana ternyata mereka sudah ada pengalaman sebelum ini.
Perlawanan akhir:MALAYSIA vs Vietnam
Prematch:Ramai yang mengharapkan Malaysia berjaya menggapai emas.Selain misi 20 tahun tanpa emas,Malaysia tentunya ingin membalas dendam atas keputusan kontroversi ketika dalam peringkat kumpulan.Malahan kata-kata jurulatih Vietnam yang memandang rendah cabaran Malaysia perlu dikunci.Sudah ramai yang memberi keyakinan kepada negara sehingga TV3 mengikut jejak langkah RTM untuk menyiarkan di TV3 secara langsung.Namun,harus diingat.Teruskanlah sokongan walaupun Malaysia tewas kerana asalnya mereka cuma mengharapkan separuh akhir namun pingat sudah tentu 1 bonus bagi mereka.Jangan dicaci jika mereka tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Keputusan:MALAYSIA 1-0 Vietnam
Penjaring:Gol sendiri
Post match:EMAS milik MALAYSIA.Semua bergembira meraikan kejayaan ini.Menangis apabila lagu negaraku berkumandang d Stadium Utama Laos.Sudah penat menaip,kita nantikan sahaja komen-komen dari pengkritik dan orang tertentu yang entah dari mana munculnya.Ketika Malaysia menang,di situlah mereka ada dan ketika kalah,entah di mana hilangnya.
Selamat majju jaya kepada pasukan negara dalam menempuhi cabaran mendatang.
P/s:Komen datang dari pandangan aku berdasarkan apa yang dilihat,didengar dan dirasa.