Aku semakin keliru.Ke manakah perginya identiti yang dahulunya cintakan bahasa?Semakin aku hanyut ke dunia serba moden,semakin identiti bahasa itu hilang.Adakah ini suatu hipotesis yang benar?Mari buktikan.Sukar bagi seseorang untuk menaip sepatah demi sepatah tanpa penggunaan bahasa rojak dan penggunaan bahasa sms jika dia terlalu leka dengan dunia sms dan laman sosial.Buktinya ada di depan mata.Mungkin hipotesis ini unutk aku sahaja dan mungkin hipotesis ini dialami oleh orang lain.Siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya.Dan aku sendiri kadang-kadang telah terbiasa menggunakannya.Untuk menggunakan ayat formal di dalam penulisan jarang sekali melainkan aku menjawab peperiksaan. Jika dahulu,seboleh-bolehnya aku tidak mahu menggunakan sebarang bahasa rojak ataupun sms tetapi kini,aku kerap kali menggunakannya.Pada aku,kelemahan ayat formal tampak serius dan jarang-jarang sekali ayat formal mampu membuatkan orang ketawa.Akan tetapi,terdapat sesetengah orang yang mampu membuatkan orang lain geli hati dengan menggunakan ayat yang formal.Majalah kartun misalannya.Terdapat majalah kartun yang menggunakan ayat formal dan tidak mencampur-adukkan bahasa yang tidak sepatutnya.Walaupun kurang majalah yang berbuat demikian,namun usaha mereka perlulah dipuji dan disokong.
Baru-baru ini aku ada terbaca perbualan antara dua sahabat di restoran ketika menempah menu makanan yang direka oleh seorang penulis berita dalam akhbar Berita Harian.Penggunaan apungan untuk menggantikan float dan pisang sejoli menggantikan banana split membuatkan aku ketawa sebentar.Namun hasrat lelaki itu sebenarnya mahu memperluaskan penggunaan bahasa tersebut dan boleh diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta dimasukkan ke dalam kamus DBP edisi yang akan datang.Khabarnya,lelaki tersebut mendapat perkataan tersebut dari blog Azhar Salleh(aku tidak pasti).Mungkin aku akan mencari sama ada wujud atau tidak blog tersebut dan jika wujud,mungkin aku boleh menjadikan blog tersebut sebagai rujukan dan jika tidak,tidak mengapalah.Bukan rezeki gamaknya.Mari kita sama-sama renungkan perkataan yang selalu kita gunakan dalam pertuturan kita yang kadang kala kita tidak perasan kita telah menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan kita.
student=pelajar
exam=peperiksaan
study=belajar
laptop=komputer riba
mouse=tetikus
traffic light=lampu isyarat
road tax=cukai jalan
list=senarai
Aku malas untuk menyenaraikan semua perkataan yang biasa kita guna kerana aku rasa kita semua sedar akan hakikat tersebut.Bukannya aku diskriminasi terhadap bahasa Inggeris tetapi bagi aku,bahasa jiwa bangsa.
p/s:Kalau dah formal camni lah jadinya,pendek,ringkas dan padat
04 Januari 2010
Mari Belajar
nukilan buyat(bebola tomato) pado 13:42:00 1 komen Pautan pada catatan ini
19 Disember 2009
Selamatkan pokok
Tiba-tiba rasa hendak jadi pencinta alam sekitar jap.Untuk pelajar yang asyik bertanya kenapa perlu ada exam sila klik sini.Rasa lawak juga lah tapi apa yang diperkatakan ada benarnya.Dalam setiap tindakan itu mesti ada pro dan kontranya.Group save tree=no exam ni biasanya pelajarlah yang buat kerana mereka tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh demi hanya untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.Tanggapan orang selalunya,"dah korang malas belajar sape suruh?Cuba rerajin cket.Kompem korang suke exam tu"Pada pendapat aku yang serba kekurangan ini,kita perlu berfikir lebih mendalam dalam konteks ini.Kadang-kala,tidak semestinya orang ramai sahaja yang betul dan golongan yang terlibat salah.Cuba bayangkan apabila peperiksaan menjelma,sudah tentu banyak kertas yang diperlukan.Ambil sahaja contoh SPM yang baru lepas ini,1 set soalan MUNGKIN mengandungi lebih dari 20 muka surat dan calonnya sahaja berpuluh ribu orang.Untuk 1 set soalan bagi SPM sahaja.Belum yang lain-lain.Aku ambil contoh yang terdekat.Universiti aku.Ada tutorial,kuiz dan peperiksaan.Itu untuk tutorial,kuiz dan peperiksaan sahaja.Belum lagi kertas-kertas yang diperlukan oleh pelajar untuk menulis jawapan.Bila peperiksaan akhir menjelma lagilah.Pelbagai nota difotostat dan contoh-contoh soalan yang lepas diambil untuk dijadikan rujukan.Tidak terkira banyaknya.Apabila selesai peperiksaan,yang menyedihkan adalah semua kertas itu ibarat tiada guna lagi.Habis madu sepah dibuang.Cuma menunggu masa untuk dicampakkan ke dalam tong sampah.Kemudian,apabila semester baru dibuka,pelbagai lagi kertas yang menunggu untuk dibazirkanItulah nasib kertas yang diperbuat dari pokok.Proses yang sama sentiasa berulang-ulang.Hanya kerana peperiksaan yang menentukan kejayaan seseorang di menara gading nanti.Kenapa peperiksaan ini tidak digantikan sahaja dengan praktikal?Mengikut apa yang aku fahami,orang yang belajar praktikal lebih senang untuk mendapatkan pekerjaan.Kalau salah maafkan aku:).Lihat sahaja bagaimana politeknik-politeknik mampu menghasilkan graduan yang fleksibel kerana graduan di sana lebih diterapkan dengan praktikal yang menyenangkan mereka untuk mendapatkan sesuatu kerja.German Malaysian Institute juga sebegitu.Malah pada masa sekarang,banyak syarikat lebih cenderung untuk memilih pekerja yang mempunyai pengalaman walaupun akademik masih diutamakan.
Dapat dilihat sekeliling kita,pembangunan demi pembangunan melibatkan penebangan pokok.Aku berasa sedih kerana terdapat sebuah bukit di Bahau yang dahulunya menjadi tempat pendakian abang dan makcik aku(aku masih kecil ketika itu) hampir gondol.Kalau dahulu,di setiap pelusuk pekan Bahau boleh melihat bukit yang menghijau tetapi kini,coklat yang menjadi tatapan.Rancangan aku untuk mendaki bukit itu pada suatu hari mungkin tidak menjadi kenyataan.Projek untuk meluruskan jalan di Bukit Putus juga tidak kurang hebatnya.Beratus-ratus pokok menghijau telah ditebang semata-mata untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan agar jalan yang menghubungkan Kuala Pilah dan Seremban dipercepatkan.Tidak mengapalah kerana ternyata projek ini tidak sia-sia namun masih ada pokok yang tidak sepatutnya ditebang telah menjadi mangsa.Tidak takutkah mereka kepada Kesan Rumah Hijau.Malas aku untuk menceritakan tentang Kesan Rumah Hijau kerana hampir semua manusia yang bijak pandai ini tahu tentangnya.Mulut pandai bermain kata,ibarat menanam tebu di bibir.Kita sebagai penduduk bumi perlulah menentang Kesan Rumah Hijau tetapi tindakan tidak mencerminkan kata-kata.
p/s:Jom belajar.Hahahaha
nukilan buyat(bebola tomato) pado 08:41:00 0 komen Pautan pada catatan ini
16 Disember 2009
Bola Sepak Sukan SEA
Skuad bola sepak lelaki negara yang bakal bermain di Sukan SEA Laos tidak banyak dipandang berat oleh beberapa pihak kerana kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam kejohanan sebelum ini.Malah,tidak ramai yang yakin Malaysia akan melepasi peringkat separuh akhir apabila melihatkan lawan yang ditemui mereka dalam peringkat kumpulan.Namun bagi FAM,mereka tetap menyasarkan sasaran ke separuh akhir dan sebarang pingat merupakan satu bonus bagi mereka walaupun jurulatih negara K.Ragajobal meminta tiga tahun untuk memantapkan pasukan.Tambahan pula,keputusan yang memberangsangkan kebelakangan ini seolah-olah memberi petanda kepada rakyat bahawa ada sesuatu yang bakal dibawa pulang oleh skuad bawah 23 tahun negara.Bermula dari keputusan perlawanan menentang Manchester United,perlawanan-perlawanan persahabatan dan kejohanan yang disertai skuad negara menunjukkan peningkatan.Malahan sokongan dan keyakinan yang ditagih oleh skuad negara secara perlahan-lahan telah pun mula naik.Walaupun ramai yang tidak yakin,keyakinan dari sesetengah pihak sudah memadai bagi skuad negara membalas kepercayaan mereka.Bagi yang member sokongan tidak berbelah bagi,teruskan sokongan anda.Doa dan sokongan kita diperlukan oleh skuad negara untuk membuktikan sesuatu.Bagi yang masih ragu-ragu,teruskanlah dengan EPL anda,diharap suatu hari nanti anda akan membuka mata.
Mohd Farizal Marlias, Mohd Sharbinee Allawee, Sabre Mat Abu, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Omar, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azmi Muslim, Mazlizam Mohamad, Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K Gurusamy, S Kunanlan, Amirulhadi Zainal, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Manaf Mamat.
nukilan buyat(bebola tomato) pado 22:11:00 0 komen Pautan pada catatan ini
04 Disember 2009
Sukan SEA 2009 di Laos
Sukan SEA(South-East Asia) yang dilangsungkan 2 tahun sekali kali ini bakal dilangsungkan di Laos,salah sebuah negara yang menganggotai negara-negara Asia Tenggara.Laos buat pertama kalinya akan menjadi tuan rumah kepada sukan ini yang akan disertai oleh semua negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Brunei,Indonesia,Thailand,Kemboja,Filipina,Myanmar,Timor Leste,Singapura,Vietnam dan tuan rumah Laos.Sukan SEA ke25 yang bakal berlangsung ini akan dibuka secara rasminya pada 9 Disember 2009 dan ditutup pada 18 Disember 2009.
Negara-negara yang bertanding
indonesia
filipina
Kontinjen Malaysia akan menghantar 348 atlet dan 121 pegawai yang diharap boleh membawa sesuatu kepada rakyat Malaysia.Sukan-sukan seperti renang, terjun, memanah, olahraga, badminton, snuker dan biliard, tinju, berbasikal, bola sepak, golf, judo, karate, silat, petanque, sepak takraw, menembak, ping-pong, tenis, bola tampar, angkat berat dan wushu merupakan antara sukan yang bakal disertai oleh atlet Malaysia dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara timang bulu ayam, tenis ringan, gusti dan muay thai.Walaupun sukan yang dipertandingkan agak terhad kerana ternyata Laos mempunyai kurang kemudahan,namun diharap atlet Malaysia mampu membuktikan sesuatu kepada semua bahawa Malaysia juga mempunyai kekuatan dan tidak boleh dipandang enteng dalam bidang sukan.Diharapkan pencapaian Malaysia yang menduduki tangga ke2 bagi kejohanan 2 tahun lalu di Korat,Thailand mampu diulangi malah lebih baik di Laos.Selain itu,pihak media massa perlulah lebih berusaha untuk menyampaikan informasi terkini agar rakyat Malaysia sentiasa mengetahui berita semasa tentang atlet kita walaupun terdapat pelbagai rungutan kerana kurangnya kemudahan untuk menyampaikan berita.RTM yang kebiasaannya akan menayangkan siaran langsung Sukan SEA diharap boleh meneruskan usaha mereka untuk bersiaran langsung di sana walaupun sayang perlawanan bola sepak peringkat kumpulan yang melibatkan Malaysia tidak ditayangkan.Akhir kata,selamat maju jaya kepada semua atlet,pegawai sukan,dan petugas media dan majulah sukan untuk negara.
Sudah pasti,antara sukan yang akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia pastinya bola sepak.Mampukah bola sepak mengembalikan kepercayaan rakyat dengan meraih pingat emas yang tidak mampu dicapai selama 20 tahun walaupun undian tampak sukar bagi mereka.Pasukan sepak takraw juga diharap dapat mengembalikan kegemilangan sepak takraw negara setelah acap kali mengalami kegagalan dalam kejohanan terdahulu.Malahan skuad sepak takraw juga tidak menyertai Sukan SEA Korat sebelum ini kerana isu bola yang digunakan.Bagi olahraga,kecederaan demi kecederaan yang dialami atlet seperti Noraseela Khalid tampak menjejaskan persiapan negara ketika mereka cuba untuk menyaingi atlet Thailand dalam saingan kali ini.Malahan,mampukah sesiapa menggantikan Nazmizan bagi merampas kembali gelaran raja pecut ASEAN.Pengunduran Datuk Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan tidak menjejaskan sasaran BAM bagi kutipan pingat pada saingan kali ini.Berjayakah pasukan lelaki dan wanita memecahkan dominasi Indonesia.Pasukan wanita sendiri masih gagal mencapai pingat emas semenjak 34 tahun dahulu.Selain itu,antara acara-acara yang bakal memberi pingat emas adalah dari kolam renang dan acara-acara teknikal seperti pencak silat dan taekwando.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan mengetahui info-info terkini tentang Sukan SEA ke25 yang akan dibuka secara rasminya pada Rabu ini,sila klik sini.
nukilan buyat(bebola tomato) pado 20:55:00 0 komen Pautan pada catatan ini
20 November 2009
Argh!!!!!
Pergh......mcm xcayo lak den leh rajin menaip pg2 Sabtu ni.Owg sumo rmai xbngun laie.Da r den da lamo sangat tak menaip ni.Nak pakai ayat skema pun da maleh da.Da manjang men msj yo,haram jadah den nk nulis full.Nk tgk den tulis full,time buek karangan la.Tu pun ntah blo la den dapek nk buek karangan.Blaja bi da abih,blaja bm laie la da lamo habih(dokek 2 taun).Padahl kek skola dulu kalo ad kojo mibatkan karangan bm,den la yg paling laju nk buek sobab banyak bondo leh tipu,org cayo jo.Asalkan karangan ko ompek page.Hahahaha.Laie satu kalo buek karangan ni untung eh kito leh buek ayat-ayat kiasan kek sesapo yg kito raso nk konokan.Lotak la cito pasal dak 2,tp kias-kias la.Lotak namo lain cket,tompek lain cket,janji hati puas.Yola,nk ckp direct xdo bran.Kang xpasa2,elok den leh mkn sodap2,den dapek mknn hospital lak kang.Adoi.Sobona eh,banyak bondo den nk nulis.Tp bg post ni,den just mcm nk buek intro blek la.Biar owg sodar,den wujud laie kek alam blog ni apatah laie alam dunio.Bukan apo,lamo da den xhupdate.Yg last den update pun ntah time bilo ntah.Agak eh da bersawang da post tu.Bukannyo den xnak,bukan eh dn xgoma,den maleh yo.Hahahaha.Banyak faktor eh buek den maleh ni.Bukan sesajo yo maleh.
Ni la antaro faktor den jadi maleh:
1)Den xdo cable.Den nak yo upload gambar2 cun kek blog den.Tgk owg upload gambar sodap yo.Mcm gompak yo kn.Tp den ni lomah cket komputer ni.Xghoti pasal sumo ni.T r den blaja kek sesapo.
2)Den xdo laptop apotah laie den nk ado connection tenet.Ni pun den guno laptop mber den.Sanggup den tido bilik mber2 den sobab nk pnjam laptop dowg.Dowg memang bek bg pnjam laptop kalo dowg x guno.Ni dowg ngah tido xbngn2 laie,den guno la.
3)Den jeles tgk blog owg sumo cun2.Cmano la dowg ni leh pndai na komputer ni nk kreatif sano,kreatif sini.Nk koba den xpndai komputer,den lulus gak comp 2.
Den jeles2 pun,xdola tahap den nk dongki kek owg 2.Nk g pangkah owg xtontu halo kasi owg down.Xelok 2.Den nk jd owg jeles yg thap 1 laie.Yang mnjadikan klbhan owg len sbgi 1 pndorong kpado den utk tros maju dan mncapai tahap yg samo mcm dowg.Kalo lobih 2 kiro 1 anugerah r.Den jd bersemangat blek nk create blog lawa2 bilo den tgk blog cik epal.Budak UIA ni den raso.Den xbapo nk kona tp t den kona2 r ngan dio.Leh la den mtk dio ajar cmano nk buek blog gmpak2 ni.Xpun den mtk tlg kaled or ad.Rajin plak dowg nk ajar den.Den tgk pun rmai yo dak UIA yg da start buek blog.Mcm da famous yo blog ni.Lg2 plak tenet mcm sonang yo nk dapek.Den xtau la sonang ko x dapek sobab bukan den ado tenet pun.Pkai owg punyo la katokan.Xtau papo.Tau pakai yo.
Tapi pado den,jgn r jadi maleh ni.Xelok gak jadi maleh ni.Wlaupun idop nmpak mcm sonang yo kn.Pengalaman poit.Pengalaman 2 antaro best teacher la wa ckp lu.
Ni den bg sobab napo kito patut hindarkn jd pemaleh(den da ponah raso sumo ni):
1)Sumo kojo jadi lambek n xsiap2.Da maleh,jgn arap r nk buek awal2.Ntah2 xbuek lnsung.Kok assgmnt ko tuto ko,kalo bleh sumo nk niru.Kok bleh niru time exam xpo la yo.
2)Kolam kabut la idop korg kalau korg jd pmaleh ni.Yola sumo bondo xsettle laie.Mano xserabut eh.Bilo da last minute kang,nk buek itula,inila.Time 2,korang ntah ke mano,kojo yg kowg nk buek 2 ntah ke mano.Time 2 doa pun agak2 eh xguno.Yola,doa ni kn kono skali ngan usaho.
3)Bilo jd maleh ni,nmpak mcm tonang yo idopkn.Yola,da xbuek papo.Nmpak la tonang eh.Tp kowg slah kalo pk mcm 2.Buek apo ado pepatah air yg tonang jgn disangko tiado buayo kok sumo eh sonang cm2.Sobona eh,owg maleh la idop eh paling xtonang.Sumo bondo nk buek mcm xkono yo sobab duk pk kojo len yg ntah bilo2 nk siap.
Moral of da story,jgn r jadi maleh mcm den.Kok ado kngkwn yg maleh 2,togo2 la.Memang la skit ati yo raso eh nk togo kwn,laie2 kwn bek,tp apo slah eh kito sling ingat-mengingati yo x?Den pun still maleh yo,tp den raso elok la ubah ckit2 prangai 2.Kok nk ubah skali toruih,memang xdo dayo la den nk bertukar.Ingat den ni power rangers ko nk men btukar ni.Hohoho.Den anggap la ni sbgi 1 permulaan ke lngkah yg lobih baik.Bek blajar bjalan dulu sblm blaja berlari.Xdo salah eh.Kuro2 yg berjalan 2 pun knkdng leh kalahkn arnab yg melompek.Ilek jo.Dlm maso yg samo,den arap gk r owg len leh guide den ko jalan yg lurus.Kalo bleh,plih jalan lurus style hiway cket.Sonang den nk lalu sobab bdan den ni bosa.Sekian,tunggula post den utk cito yg da tamat tarikh luput t.
nukilan buyat(bebola tomato) pado 17:52:00 0 komen Pautan pada catatan ini
07 September 2009
Kenapa?
Hurm.....buat kesekian kalinya seorang makhluk Allah yang bernama lelaki cuba untuk memusuhi aku.Dan bukan sifat aku untuk bergaduh sesama sendiri kerana aku seorang penakut.I admit it.Aku cuma berani membenci seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut.Kalau pun orang itu berada di hadapanku,sama ada aku akan cuba untuk mengelakkan diri ataupun berpura-pura baik apabila berjumpa dengannya.Dan ternyata,itu adalah sifat seorang yang hipokrit.Biarlah.Yang penting aku akan sedaya upaya mengelakkan permusuhan sesama sendiri walaupun terpaksa menjadi seorang hipokrit(sifat yang aku sendiri benci) kerana itu lebih baik ku rasakan daripada sentiasa bermasam muka antara satu sama lain.Apa yang aku dapat kalau bermasam muka?Bukankah senyum itu satu sedekah?Jikalau berlaku sebarang pergaduhan,seriously,dont count me in.Aku cuba untuk mengenang kembali perkara yang berlaku setahun lalu.Kolej Integrasi Felda(KINI Kerteh) memberi aku seribu pengalaman.Mengajar aku erti cabaran.Mengetuai sekumpulan pelajar.Menjadi ketua yang baik(gagal actually).Selepas SPM,ayahku mencadangkan agar aku belajar bahasa Inggeris di sana(KINI) sementara menanti melanjutkan pelajaran di menara gading.(UIA la menara gading aku sekarang).Kursus yang dianjurkan khusus kepada anak-anak Felda kerana anak-anak Felda seperti kami tidak mahir berbahasa Inggeris.Oleh kerana aku mempunyai latar belakang pelajaran yang cemerlang ketika itu(cemerlang la sangat),aku dilantik untuk mengetuai 65 pelajar di mana hanya terdapat 17 pelajar lelaki(perempuan kira sendiri).Sudah tentu aku mesti bergaul rapat dengan semua orang walaupun terdapat beberapa orang yang tidak terlalu rapat denganku.Kesannya:
KES 1:
Ketika di KINI,pihak pengurusan bersetuju untuk mengadakan perkelahan selama 3 hari 2 malam di Sekayu(betol ke aku eja ni?).Aku agak rapat dengan seorang gadis yang ku anggap kakak(biasalah,budak xcukup umur).Hari kedua ketika di sana,kakak J(bukan nama sebenar) meminta untuk menukar handphone.Aku tidak kisah walaupun handphone ku masih baru(Nokia 5300;hadiah SPM+duit sendiri) kerana sewaktu itu aku masih lagi tidak mengerti kegunaan handphone selain bermain mesej,bermain game dan menelefon ayah ketika ketiadaan wang.Malamnya,ketika sedang bermain mesej dengan kakak J,aku tertidur tanpa ku sedari beberapa panggilan tidak diangkat daripada teman lelaki kakak J.Malah,mesej daripada kakak J dan teman lelakinya tidak ku balas.Keesokannya,ketika dalam perjalanan pulang,lelaki tersebut menelefon kakak J dan ingin bercakap denganku.Rupanya,dia ingin berpesan supaya menjaga kakak J.Di dalam hatiku sudah bertanya, "Siapa yang lagi tua sekarang ni?"Kata-kata seterusnya daripada lelaki tersebut membuatkan aku terkedu lalu ku minta kakak J untuk menukar semula telefon kami.Dia bertanya apa perasaan aku apabila lelaki lain mahu menukar telefon dengan kekasih aku(bukan aku ada awek pun).
KES 2:
Aku telah melanjutkan pelajaran di menara gading.Namun,kebahagiaan aku di sini diundang rasa takut tatkala seorang lelaki misteri memberi amaran kepada aku agar tidak mengganggu kekasihnya,F(bukan nama sebenar) yang ku kenal ketika di KINI dahulu.F berasal dari sebuah tempat yang tidak jauh dari kampung halamanku.Dah nama pun budak Felda,dekat-dekat jela Felda itu dengan ini.Lelaki tersebut menyatakan akan membesalah aku jika berumpa dan mendakwa dia telah pun mengenali aku.Entah bila masa aku jumpa dia pun aku tidak tahu.Puncanya hanya satu.Aku menghantar mesej kepada F.Di kala itu,saban hari aku berdoa agar aku tidak berjumpa dengan lelaki tersebut.Buatnya dia pukul aku betul-betul,mampus aku.
KES 3:
Masalah aku bukan setakat di sini.Seorang lelaki yang merupakan rakan aku di KINI bercinta dengan seorang perempuan yang ku anggap kakak juga belajar di KINI.Masalah mula timbul apabila kakak mengadu kepada ku yang rakanku itu cemburu denganku kerana terlalu rapat dengan kakak.Sering kali mereka bertengkar dan salah satu puncanya adalah kerana aku.Tak bahagia betul diorang ni.Aku berasa hairan dan bingung kenapa rakanku perlu cemburu dengan aku sedangkan dia lebih kacak dan tampan berbanding aku.Tidak semena-mena,hanya kerana ini boleh membawa kami kepada permusuhan.Tetapi aku bersyukur kerana kami tidak sampai ke tahap itu.Cuma aku sudah tidak dapat menghubungi rakanku itu.Entah ke mana dia menghilang aku pun tidak tahu.Sepi tanpa khabar berita.Saat itu,aku mula berfikir,kenapa ramai sangat lelaki tidak puas hati dengan aku?Salahkah aku untuk berbaik dengan insan bernama wanita?Atau adakah aku perlu untuk tidak bergaul dengan mana-mana wanita di dunia kecuali keluarga dan saudara-saudara terdekat?Biarlah.Aku akan meneruskan langkahku untuk menghadapi dunia yang fana ini.
Aku berharap aku sudah tidak akan melalui peristiwa seperti ini lagi.Malah aku cuba untuk melupakan semua ini.Malangnya,satu peristiwa yang tidak diingini berlaku membuatkan aku teringat kisah lalu.Isi yang sama,cuma watak dan kisah yang berbeza.Seorang lelaki membenci aku kerana hubungan rapatku dengan seorag wanita.
KES 4:
Aku tertanya-tanya perlukah aku meluahkannya.Takut-takut tuan empunya diri akan marah kepadaku.Kakak yang aku sayangi.Kakak,setelah pelbagai halangan yang akak lalui,adik bersyukur kakak kini mampu kembali mengukir senyuman.Walaupun adik tidak mengenali lelaki tersebut,adik berharap lelaki tersebut mampu untuk membahagiakan kakak.Pada awalnya,semua tampak berjalan lancar.Aku pun telah mengenali lelaki tersebut dan ku rasakan tiada masalah akan timbul.Sangkaan aku meleset ibarat panah yang tidak kena pada sasarannya.rupa-rupanya,lelaki itu juga cemburu apabila melihat aku rapat dengan kakakku.Lebih memburukkan keadaan,lelaki tersebut menyatakan kepada kakakku yang dia bencikan aku.Wah!Ini dah kira melampau.Weh kalau xpuas ati dengan aku jom la jumpa aku.Yang nak menyusahkan kakak aku,adik aku,kenapa??!!!!Engkau tahu kan aku dorm mane?Meh sini datang cakap kat aku yang kau tak puas ati dengan aku.Aku tak kisah.Kita sama-sama dah besar.Akal fikiran tu dah kira boleh fikir dengan warasla.Kalau kau tak boleh fikir ngan waras,aku rasa dah lame ko duduk kat tanjung rambutan.Kan3????
nukilan buyat(bebola tomato) pado 08:13:00 0 komen Pautan pada catatan ini
16 Ogos 2009
I'm so sorry
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagiku.Minggu ini membuka satu lembaran baru ke dalam hidupku.Mengajar aku erti kepenatan dan cara untuk menguruskan masa.Kini,baru aku tahu dan sedar bagaimana rasanya terpaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu satu masa.Dalam kesibukan melakukan sesuatu kerja,kerja lain sedang menanti untuk dilaksanakan.Walaupun jawatan bendahari di dalam Biro Sukan Engenius tampak senang bagiku(sebab aku bukan buat kerja sangat pun;thanx to Anis,Usher,Bieyl,Liza,Zibob n sume ahli biro Engenius Sport yg bnyk tolong aku)tapi aku rasa aku masih tidak mampu untu melaksanakan tugas yang diberi dengan sempurna.Tambahan pula,keinginan untuk bermain membuatkan aku menyertai sepak takraw dan bola(wlaupun aku prefer futsal), membuatkan aku tidak fokus terhadap kerja-kerjaku.Kelas Fizik yang diadakan pada Selasa malam bukan alasan bagi aku untuk tidak menyudahkan kerjaku ataupun ponteng kelas Fizik(t ad owg mrah kalau ak ponteng,takot wooo;dhla fail=sengal).Pengalaman pertama menulis skrip dan mengarah(dulu Haziq all day long) membuatkan minggu aku bertambah sibuk.Oleh kerana tidak ramai yang mahu berlakon,terpaksa aku merayu rakan-rakan sebilik untuk berlakon bersama(lgpun crite pasal dorg gk).Tidak tahu apa reaksi orang ramai terhadap hasil aku yang pertama itu(harap org suka).Kelam kabut rasanya apabila kejohanan bola dan hari lakonan jatuh pada hari yang sama.Setelah bebrincang,Culture and Art Club(CAC) membenarkan kami membuat persembahan dahulu.Sepatutnya,aku kena membantu CAC untuk menjayakan majlis tersebut seperti menyediakan pentas dan sebagainya tetapi aku hanya bersikap lepas tangan.Artikel(Brite Harian) yang ku baca semalam membuatkan aku tersedar.Penulis dalam tulisannya menyatakan yang wanita lebih multi-tasking berbanding lelaki.Walaupun penulis itu seorang wanita,aku terpaksa bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tidak menganggapnya sebagai satu diskriminasi kerana aku sedar aku sendiri bukan a type of multi-tasker person.Hal ini mengingatkan aku kepada seseorang.One of the great woman that i have ever known(of course la mak ak,cikgu ak,kengkwn ak yg pmpuan pun great woman gk) yang menyatakan yang dia seorang yang multi-tasker.Rasa kagum kepadanya kerana mampu melaksanakan pelbagai kerja dalam satu-satu masa.Sedangkan aku,baru buat kerja yang tidak seberapa,sudah mengadu kepenatan dan keletihan.Kadang-kala,emosi sering menguasai diri aku,lalu orang yang tidak bersalah menjadi mangsa walaupun aku sedar ramai yang tidak menyukai tindakan tersebut.Oleh itu,ingin ku pinta seribu kemaafan(wlaupun blum raye lg;pose pun xlg) kepada mereka yang tidak berapa hendak suka dengan sikapku ini.Anis,Nadiah,Adibah,Jirol,Bani(tremo),bdak2 welfare kot aku rase(brbot ly),bdak2 CAC(ak xwt keje n trlbh mase tme present)n sesape jela yang aku ada buat salah.Mak bapak aku pun,aku nk mtk maap jgk.Ateh bnyk main,xbsungguh time blajar sdangkan ateh sedar ateh merupakan harapan keluarga untuk mengharumkan nama keluarga.Ayah,sayu ateh apabila ayah memberitahu ayah termimpikan ateh just sebab ateh fail.Walaupun pada mulanya ayah tidak tahu apa makna mimpi tersebut sehinggalah ateh bagitahu yang ateh just lulus satu subjek je.Bayangkanlah,hanya kerana ateh tidak berjaya,Allah memberi petunjuk kepada ayah untuk teringatkan ateh.Ternyata,ayah memang seorang ayah yang baik dan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak walaupun ayah jarang bertanya kepada anak-anak keputusan kami.Ayah cuma mengharapkan sebutir kejayaan dari kami adik-beradik tetapi buat masa ini,kami gagal untuk menghiburkan hati ayah.Malah,aku sendiri akui aku jarang-jarang teringatkan ayah apatah lagi untuk bermimpikan ayah sedangkan ayah tidak dapat kuungkapkan melalui kata-kata.Mak,mak bnyk bg nasihat,same ngan kakak,tp xpernah Ateh endahkan.Setiap kali pulang ke universiti atau asrama,doa dan ucapan mak untuk Ateh hampir sama dan jarang sekali untuk berubah."Jangan lupa solat,dengar cakap cikgu,jangan lawan cikgu,buat kerja sekolah,belajar sungguh-sungguh...." dan jawapan aku cuma "haaaaa......haaaa....haaaaa....".Belum lagi saat aku hendak mengambil peperiksaan.Mak akan menangis sambil memelukku seraya berdoa "Ya Allah,jadikanlah anak aku ini insan yang soleh Ya Allah.Jadikanlah dia insan yang bertakwa Ya Allah.Jadikanlah dia insan yang berguna Ya Allah.Ya Allah,berikanlah kejayaan kepada anakku ini Ya Allah......" .Tetapi,aku cuma buat endah tak endah.Oleh itu,ingin kuucapkan di sini,maafkan aku atas segala kesilapanku.........
nukilan buyat(bebola tomato) pado 07:42:00 0 komen Pautan pada catatan ini












